STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)

STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)

Bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada rakyat berpendapatan rendah B40 dan M40 melalui inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga bayaran tambahan.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima & cara permohonan STR Tambahan? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN MYSTR : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Penerima Bantuan STR Tambahan diluluskan berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Kategori :
    • Isi Rumah;
    • Warga Emas; dan
    • Bujang.
  • Lulus Permohonan STR 2026;
  • Kadar Pendapatan :
    • Bawah RM2,500 (B40); atau
    • RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Tersenarai dalam rekod eKasih sebagai penerima Miskin.

KADAR BANTUAN STR TAMBAHAN

Berikut merupakan kadar Bantuan STR Tambahan yang diberikan mengikut kategori penerima :

  • Penerima STR Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI
PENERIMA
BANTUAN STRBANTUAN
TAMBAHAN
Isi Rumah B40RM700 – RM2,200
(ikut jumlah anak)
RM2,400
Isi Rumah M40RM200 – RM950
(ikuti jumlah anak)
Warga EmasRM600RM1,800
BujangRM0RM1,200
  • Penerima STR Asas Bukan Miskin :
KATEGORI
PENERIMA
BANTUAN STRBANTUAN
TAMBAHAN
Isi Rumah B40RM700 – RM2,200
(ikuti jumlah anak)
RM1,200
Isi Rumah M40RM200 – RM950
(ikuti jumlah anak)
RM1,200
Warga EmasRM600RM600
BujangRM0RM600

PANDUAN PERMOHONAN STR TAMBAHAN

Bagi yang belum memohon Bantuan STR, ikuti cara permohonan Bantuan STR secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan – Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  12. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  13. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  14. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  15. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  16. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  17. Selesai.

PANDUAN DAFTAR STR TAMBAHAN

Bagi penerima STR yang berpendapatan bawah garis kemiskinan boleh mendaftar eKasih seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Setelah selesai memohon dan mendaftar, pemohon boleh membuat semakan status kelayakan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  3. Kemudian klik butang [Semak].
  4. Nama anda akan dipaparkan sebagai kata kunci keselamatan.
  5. Klik pada butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  8. Jika Log Masuk berjaya, dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Terus klik pada butang [Semakan permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Berikut merupakan talian pihak berkuasa bagi SARA dan STR untuk rujukan bagi orang awam yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan STR Tambahan. Kerana maklumat yang kami kongsi adalah dirujuk sepenuhnya dari Portal STR.

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
  • Talian Bantuan STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian eKasih : 603 8000 8000

Leave a Comment