STR ONLINE 2025 : SEMAKAN FASA 4
Kaedah Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja supaya dapat memudahkan rakyat mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran yang terkini.
Ikuti cara semakan status STR Fasa 4 secara online di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN STR 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa dan fasa satu (1), dua (2) dan tiga (3) telahpun selesai di bayar kepada 8.6 juta penerima.
Bayaran untuk fasa empat (4) akan dilaksanakan mengikut tarikh berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Bermula 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | Bermula 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | Bermula 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Bermula 18 Oktober 2025 |
JUMLAH BAYARAN STR 2025 (FASA 4)
Setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza pada setiap fasa. Berikut merupakan jumlah bayaran STR untuk Fasa empat (4) mengikut kategori penerima :
Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada anak | RM200 |
1 – 2 anak | RM350 |
3 – 4 anak | RM500 |
5 dan ke atas | RM700 |
Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada anak | RM100 |
1 – 2 anak | RM200 |
3 – 4 anak | RM250 |
5 dan ke atas | RM350 |
Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak) | RM150 |
CARA BAYARAN STR 2025
Dua (2) cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disediakan untuk membantu rakyat menerima bayaran dengan mudah. Berikut merupakan dua (2) cara bayaran STR untuk Fasa empat (4) :
- Dibayar Tunai Di Kaunter Bank :
- Penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ serta penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran Bantuan STR di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Dibayar Melalui Akaun Bank :
- Penerima atau pasangan yang mempunyai akaun bank akan menerima pengkreditan Bantuan STR melalui akaun bank yang didaftarkan.
PAUTAN SEMAKAN STR ONLINE 2025
Semakan status kelayakan dan maklumat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara atas talian (online) sahaja melalui Portal Rasmi yang disediakan oleh Kerajaan seperti pautan berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN SEMAKAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |

SEMAKAN STR ONLINE 2025
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran yang tepat, ikuti cara semak status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara atas talian (online) mengikut panduan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Klik [Log Masuk Dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Untuk sahkan nombor Kad pengenalan, klik [Semak].
- “Kata Kunci Keselamatan” anda akan dipaparkan.
- Sekiranya betul, klik butang [Ya].
- Masukkan “Kata Laluan” yang betul.
- Klik sekali lagi butang [Log Masuk].
- Profil anda akan dipaparkan.
- Untuk semakan status, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Adakah Bantuan STR masih boleh dimohon untuk fasa 4?
- Permohonan Bantuan STR untuk Fasa 4 hanya dibuka sehingga 30 September 2025 sahaja.
- Berapakah jumlah keseluruhan penerima Bantuan STR?
- Bantuan STR hanya disasarkan kepada seramai 9 juta rakyat Malaysia yang layak.
- Bilakah Bantuan STR dimasukkan dalam akaun bank penerima?
- Pembayaran Bantuan STR dimasukkan dalam akaun bank penerima pada waktu yang tidak menentu bermula selepasa 6:00 petang dan berperingkat.
- Dimanakah boleh buat semakan status STR secara online?
- Semakan status STR boleh dibuat secara online melalui pautan Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Adakah untuk menyemak status kelayakan dan maklumat bayaran, pemohon perlu log masuk akaun STR?
- Ya, pemohon perlu log masuk akaun STR untuk membuat semakan status.
RUJUKAN LANJUT
Perkongsian dalam artikel ini adalah untuk memudahkan orang ramai membuat carian dan memahami maklumat bayaran STR yang terkini. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan bayaran STR Fasa 4, sila rujuk di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2727
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]