STR ONLINE : SEMAKAN FASA 4 2025

STR ONLINE : SEMAKAN FASA 4 2025

Kerajaan membuka portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk memudahkan rakyat memohon, mengemaskini permohonan, menyemak status kelayakan dan maklumat bayaran setiap fasa (1, 2, 3 dan 4).

Ikuti maklumat bayaran STR dan cara semakan status kelayakan secara online di bawah.

BACA JUGA : CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI (SPR ONLINE)

STR ONLINE

SYARAT PENERIMA STR

Penerima STR mestilah pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berpasangan (ada atau tiada anak);
    • Ibu atau bapa tunggal (ada anak menepati syarat);
    • Pendapatan isi rumah :
      • Bawah RM2,500 (B40); atau
      • RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • KATEGORI BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Umur bujang :
      • 21 hingga 59 tahun; atau
      • Bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Umur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.

TARIKH BAYARAN STR 2025

Pembayaran Bantuan STR sepanjang tahun 2025 adalah mengikut pada tarikh-tarikh berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari 2025 – 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025 – 27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025 – 21 Ogos 2025
Fasa 4November 2025
*Tarikh bayaran Fasa 4 akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

CARA TERIMA STR

Pemohon yang layak akan menerima bayaran STR melalui dua (2) cara berikut :

  1. Secara Tunai :
    • Penerimaan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat yang bersesuaian (Penerima tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ dan penerima Sabah dan Sarawak).
  2. Masuk Dalam Akaun :
    • Penerimaan terus dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR (Penerima ada maklumat akaun bank).

KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025

Fasa 4 akan dibayar kepada setiap kategori sebanyak kadar berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR
FASA 4 2025
Isi Rumah B400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM700
Isi Rumah M400 anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga EmasRM150
BujangRM150

CARA SEMAKAN STR ONLINE

Ikuti cara semakan status kelayakan dan bayaran STR secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM STR

  1. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
  2. Bilakah boleh mohon Bantuan STR Fasa 4?
    • Bila-bila masa sahaja sebelum 30 September 2025.
  3. Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
    • Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
  5. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  6. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.

RUJUKAN LANJUT

Dalam artikel ini, pihak kami hanya berkongsikan maklumat berkaitan bayaran Bantuan STR. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak STR seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment