STR FASA 4 MAYBANK : BILA MASUK?

STR FASA 4 MAYBANK : BILA MASUK?

Fasa akhir pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kini mula disalurkan kepada penerima yang layak secara berperingkat mengikut jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima.

Bila masuk str fasa 4 maybank? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH)

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 4
18 Oktober 2025 (Sabtu)

Catatan : Bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis bank yang digunakan oleh penerima.

JADUAL BAYARAN STR FASA 4 MAYBANK

Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :

JENIS BANKWAKTU MASUK BAYARAN
MaybankSelepas 9 malam

Catatan : kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

PENERIMA BAYARAN STR FASA 4

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
STR FASA 4 (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 200
1 hingga 2 Anak : RM 350
3 hingga 5 Anak : RM 500
5 Anak dan Ke atas : RM 700
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 100
1 hingga 2 Anak : RM 200
3 hingga 5 Anak : RM 250
5 Anak dan Ke atas : RM 350
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

SEMAKAN BAYARAN

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

KAEDAH BAYARAN

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima Tiada Akaun Bank, atau status ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Bilakah STR Fasa 4 disalurkan ke dalam akaun Maybank?
    • Pembayaran STR Fasa 4 mula disalurkan bermula 18 Oktober 2025. Namun, pengkreditan ke dalam akaun Maybank akan disalurkan secara berperingkat bermula tarikh pembayaran.
  2. Bolehkah saya mendaftar akaun Maybank untuk menerima pembayaran STR yang seterusnya?
    • Boleh. Anda perlu kemas kini maklumat bahagian akaun bank dalam sistem MySTR dalam tempoh kemas kini yang ditetapkan.
  3. Siapa yang layak menerima bayaran STR Fasa 4?
    • Semua kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bayaran Fasa 4.
  4. Bagaimana jika akaun bank saya tidak aktif?
    • Penerima boleh membuat tuntutan bantuan secara tunai di cawangan BSN berdekatan.
  5. Adakah jumlah bayaran STR Fasa 4 sama untuk semua penerima?
    • Tidak. Kadar bayaran yang dikreditkan adalah berbeza mengikut kelayakan masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment