STR FASA 3 TARIKH BAYAR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

STR FASA 3 TARIKH BAYAR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) akan bermula dengan kadar sebanyak RM100 sehingga RM650 akan dibayar kepada hampir sembilan (9) juta penerima sedia ada dan juga penerima terbaru yang disahkan ‘Layak’.

Bagaimanakah semakan bayaran STR Fasa 3? Ikuti penjelasan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH ONLINE : (PANDUAN LENGKAP) CARA REGISTER BANTUAN SARA

JUMLAH PENERIMA STR BAYAR 2025

Setiap fasa, jumlah penerima Bantuan STR akan meningkat seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANJUMLAH PENERIMA STR
Fasa 18.3 juta penerima
Fasa 28.5 juta penerima
Fasa 38.7 juta penerima
(anggaran)
Fasa 49 juta penerima
(anggaran)

CARA PENERIMAAN STR FASA 3 BAYAR 2025

Penerimaan bayaran Bantuan STR Fasa 3 adalah melalui dua (2) cara berikut :

  1. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat bagi penerima :
    • Tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
  2. Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

KADAR PENERIMAAN STR FASA 3 2025

Kadar bayaran Bantuan STR Fasa 3 adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH :

KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN STR FASA 3 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,00 (M40)
Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300

KATEGORI BUJANG :

KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN STR FASA 3 2025
Bujang Umur 21 hingga 59 tahunRM150 setiap individu
Bujang Umur 60 tahun dan ke atasRM150 setiap individu

STR FASA 3 TARIKH BAYAR 2025

Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 adalah pada tarikh :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Dijangka Akhir Julai hingga Ogos 2025.
  • Penerima Baharu :
    • Dijangka Akhir Julai hingga Ogos 2025.

*Tarikh bayaran akan dikemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima dan maklumat bayaran STR Fasa 3 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment