STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA RM600 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN
Kerajaan telah bersejutu untuk menggantikan pemberian Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kategori Bujang. Supaya ianya dapat memenuhi keperluan asas rakyat Bujang yang memerlukan sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status kelayakan & cara permohonan STR Bujang yang telah diganti dengan SARA RM600? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN STR FASA 1 : (2026) SEKIRANYA ANDA LAYAK BANTUAN INI SILA MOHON SEBELUM TARIKH TAMAT
STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA RM600
Individu bujang yang telah memohon dan berjaya lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah diganti supaya individu bujang dapat memenuhi keperluan asas setiap bulan sepanjang tahun 2026.
KADAR BANTUAN SARA YANG TELAH DIGANTI UNTUK BUJANG 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menggantikan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar dengan kadar bermula RM600 hingga RM1,200 setahun untuk individu bujang yang layak.
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | KADAR BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang STR & eKasih (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 | RM1,200 |
| Bujang STR sahaja (Asas Bukan Miskin) | RM50 | RM600 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BUJANG STR DIGANTI SARA 2026
Untuk penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kategori bujang yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia.
- Status Perkahwinan : Bujang / Balu / Duda / Janda.
- Jumlah Tanggungan / anak : Tiada.
- Had Umur : 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas.
- Kadar Pendapatan : Bawah RM2,500 sebulan.
*Serta bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS. Jika masih belajar sepenuh masa, individu bujang hanya layak untuk dikira di bawah tanggungan ibubapa.
CARA PERMOHOHAN BANTUAN SARA BUJANG RM600 2026
Individu bujang yang ingin mendapatkan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026, permohonan mestilah dilakukan melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA BUJANG RM600 2026
Selepas membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pastinya setiap pemohon ingin mengetahui status sama ada layak atau tidak untuk terima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ikuti cara semakan status kelayakan seperti berikut :
- Layari laman Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan adalah nama anda, sila klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan :
- ‘Permohonan Diterima’ atau ‘Permohonan Dalam Proses’ atau ‘Lulus’ atau ‘Tidak Layak’.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Berikut adalah talian, laman dan e-mel rasmi SARA untuk rujukan lebih lanjut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]