STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH RM600 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ANDA & MOHON JIKA LAYAK
Kategori bujang tidak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026. Namun sebaliknya akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dengan kadar bermula RM600 sehingga RM1,200 setahun.
Bagaimanakah semakan status kelayakan & cara mohon STR Bujang yang diganti dengan SARA MyKasih? Ikuti panduan lengkap dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS EWALLET RM300 : (2026) SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN & CARA MOHON
STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH RM600
Kerajaan menggantikan bayaran Bantuan STR kepada Bantuan SARA MyKasih hanya untuk penerima dari kategori bujang kerana ianya dapat memudahkan penerima bujang untuk menerima dan menggunakan bantuan bagi tujuan yang betul.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR – SARA MYKASIH BUJANG 2026
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih untuk kategori bujang bagi tahun 2026 :
- Warganegara :
- Malaysia.
- Had Umur :
- Biasa : 21 hingga 59 tahun.
- OKU : 19 hingga 59 tahun.
- Status Perkahwinan :
- Bujang (belum berkahwin).
- Balu / duda / janda tiada anak.
- Kadar Pendapatan :
- RM2,500 sebulan (penerima asas).
- Bawah garis kemiskinan & tersenarai dalam rekod data e-Kasih (Penerima Miskin).
- Status Tanggungan :
- Telah bekerja dan bukan lagi tanggungan yang merupakan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
JUMLAH STR BUJANG YANG DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH 2026
Bantuan SARA MyKasih dibayar kepada kategori bujang dengan jumlah yang berbeza mengikut status kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima Bujang Berstatus Miskin :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Tiada |
| Bantuan SARA MyKasih | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
- Penerima Bujang Berstatus Asas :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Tiada |
| Bantuan SARA MyKasih | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
CARA PENERIMAAN SARA MYKASIH UNTUK BUJANG 2026
Berikut adalah cara penerimaan bayaran Bantuan SARA MyKasih untuk kategori bujang :
- Bantuan SARA MyKasih akan dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bujang dan ianya boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.
PERMOHONAN STR BUJANG GANTI DENGAN SARA MYKASIH
Untuk mendapatkan Bantuan SARA MyKasih, individu bujang perlu kemukakan permohonan melalui Portal Rasmi STR seperti panduan lengkap di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Untuk permohonan tanpa MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan tanpa -.
- Klik pada butang [Semak].
- Maklumat seperti ‘Nama’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’ akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, pemohon perlu hadir ke LHDNM terdekat.
- Lengkapkan maklumat permohonan pada ruangan yang disediakan dan ruangan bertanda * adalah mandatori diisi.
- Pilih status perkahwinan sebagai :
- [Bujang] bagi yang belum berkahwin; atau
- [Cerai] bagi yang bercerai dan sertakan tarikh penceraian; atau
- [Balu] bagi yang kematian pasangan dan sertakan tarikh kematian pasangan.
- Masukkan maklumat akaun bank yang masih aktif.
- Pastikan atas nama pemohon sendiri.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Lengkapkan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan dengan pemohon.
- Seterusnya, pemohon perlu membuat pengesahan dengan mengisi [Kod Captcha] yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan berjaya dihantar, pemohon akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih”.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BUJANG 2026
Setelah selesai memohon dan mendaftar akaun STR, pemohon boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih untuk kategori bujang seperti panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima bujang akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kategori Bujang, kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Hotline SARA MyKasih : 03-7720 1800