STR 2025 TARIKH BAYAR FASA 3 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR 2025 TARIKH BAYAR FASA 3 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pembukaan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun adalah untuk memberi peluang kepada rakyat terutamanya yang memerlukan supaya dapat menerima bayaran berperingkat dalam setiap fasa (termasuk fasa 3).

Bagaimanakah semakan STR tarikh bayar Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH PENERIMA STR 2025 BAYAR FASA 3

Pendekatan membuka permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sepanjang tahun, menjadikan jumlah penerima akan bertambah dari fasa ke fasa seperti berikut :

  • 8.3 juta penerima Fasa 1.
  • 8.5 juta penerima Fasa 2.
  • 8.7 juta penerima Fasa 3 (Jangkaan).
  • 9 juta penerima Fasa 4 (Jangkaan).

SEMAK STATUS PENERIMA STR 2025 FASA 3

Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 perlu disemak di laman sesawang yang rasmi seperti di bawah :

  1. Layari laman sesawang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama beserta notis ‘makluman terkini’ akan dipaparkan.
  3. Klik butang [TUTUP] untuk notis ‘makluman terkini’.
  4. Log masuk menggunakan akaun ‘MyDigital ID’; atau
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    • Contoh : 890230114567.
  6. Klik pada butang [Log Masuk].
  7. Bahagian pengesahan akan dipaparkan, klik butang [Semak].
  8. Klik butang [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
  9. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  10. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  11. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  13. Selesai.

CARA STR 2025 BAYAR FASA 3

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dilaksanakan melalui dua (2) cara sahaja, iaitu :

  1. Bayaran secara terus melalui ‘IBG Fund Transfer‘ ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan.
  2. Bayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank yang aktif.

WAKTU STR 2025 BAYAR FASA 3

Pembayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima dilakukan mengikut waktu-waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

STR 2025 TARIKH BAYAR FASA 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dilakukan secara berperingkat kepada penerima sedia ada dan baharu mengikut tarikh berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.
  • Penerima Baharu :
    • Akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.

*Nota : Tarikh di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

AMAUN STR 2025 BAYAR FASA 3

Berikut merupakan amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar untuk Fasa 3 :

  • Isi Rumah B40 : RM150 hingga RM650 (bergantung jumlah anak).
  • Isi Rumah M40 : RM100 hingga RM300 (bergantung jumlah anak).
  • Warga Emas : RM150 (setiap individu).
  • Bujang : RM150 (setiap individu).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747

Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment