SKAS 2026 SEMAKAN KELAYAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK TERBARU
Lebih 1 juta rakyat Sarawak akan menerima bantuan kewangan Khas Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk tahun 2026 dengan peruntukkan yang disediakan sebanyak RM640 juta.
Bagaimanakah semakan kelayakan skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026
Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Bekahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur. |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan; Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa. |
| Warga Emas | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas. |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SKAS 2026
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/
- Klik [Semak Kelayakan]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Teruskan].
- Klik pada [Akaun Individu]
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Carian].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
JUMLAH KELAYAKAN SKAS 2026
Bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan kepada penerima untuk setiap empat bulan sekali (tiga kali setahun) dengan jumlah sebanyak :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETIAP FASA | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan dan Anak | RM166 | RM500 |
| Bujang | RM100 | RM300 |
CARA PENGKREDITAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dilaksanakan secara tanpa tunai seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM PENERIMAAN DUIT |
|---|---|
| Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Facebook : https://web.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak/
- Laman Rasmi : https://ukas.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/29204