SKAS 2026 APPLICATION : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK BARU (PANDUAN LENGKAP)
Bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan bantuan khas melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dalam bentuk barangan keperluan untuk memenuhi keperluan asas penerima.
Bagaimanakah application skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SKAS 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026
Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
- Tiada had umur.
Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
AMAUN BANTUAN SKAS 2026
Kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
| Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
| Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
CARA PEMBAYARAN
Pemohon yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui boucher digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet).
Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar.seperti :
- Beras;
- Tepung;
- Minyak Masak.
SKAS 2026 APPLICATION
Permohonan SKAS Sarawak boleh dilakukan menggunakan Sarawak ID. Sekiranya anda belum mempunyai Sarawak ID, pendaftaran boleh dilakukan seperti berikut :
| TARIKH BUKA PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan SKAS Sarawak belum dibuka, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa. |
- Layari Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di sini : https://sarawak.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Kemudian, klik butang [Daftar].
- Pilih [Jenis Pengenalan] anda.
- Lengkapkan Profil anda.
- Klik butang [Teruskan].
- Lengkapkan Butiran Akaun dan klik [Teruskan].
- Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP.
- Seterusnya, Klik butang [Hantar].
- Masukkan OTP dan klik [Hantar].
- Sistem mesejVerified akan dipaparkan.
- Kemudian, Klik [Teruskan].
- Pendaftaran berjaya.
- Sila klik [Log Masuk] untuk log masuk ke akaun Sarawak ID anda.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS SKAS 2026
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi SKAS di sini:
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/ - Halaman utama Portal SKAS akan dipaparkan.
- Kemudian, klik [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. (Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama).
- Tekan [Next] dan klik [My Individual Account].
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel: [email protected]