SKAS 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

SKAS 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Salah satu inisiatif baharu telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah, bagi meringankan beban kos sara hidup mereka ialah melalui bantuan dalam bentuk keperluan asas yang dilaksanakan melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Bagaimanakah semakan dan permohon skas 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN EWALLET 2026 RM300 : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN

APA ITU SKAS?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan khas Kerajaan Negeri Sarawak kepada golongan berpendapatan rendah dengan pemberian wang tunai melalui baucar digital untuk pembelian barangan makanan asas.

SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026

Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;

Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada had umur.

Bujang

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
  • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

Warga Emas

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
  • Had umur 60 tahun dan ke atas.

JUMLAH BANTUAN SKAS 2026

Kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM800
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawahRM400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM250

SEMAKAN STATUS SKAS 2026

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SKAS di sini:
    https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/
  2. Halaman utama Portal SKAS akan dipaparkan.
  3. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  4. Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. (Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama).
  5. Tekan [Next] dan klik [My Individual Account].
  6. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
  7. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

PERMOHONAN SKAS 2026

Permohonan SKAS Sarawak boleh dilakukan menggunakan Sarawak ID. Sekiranya anda belum mempunyai Sarawak ID, pendaftaran boleh dilakukan seperti berikut :

  1. Layari Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di sini : https://sarawak.gov.my/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Kemudian, klik butang [Daftar].
  4. Pilih [Jenis Pengenalan] anda.
  5. Lengkapkan Profil anda.
  6. Klik butang [Teruskan].
  7. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik [Teruskan].
  8. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP.
  9. Seterusnya, Klik butang [Hantar].
  10. Masukkan OTP dan klik [Hantar].
  11. Sistem mesejVerified akan dipaparkan.
  12. Kemudian, Klik [Teruskan].
  13. Pendaftaran berjaya.
  14. Sila klik [Log Masuk] untuk log masuk ke akaun Sarawak ID anda.
  15. Selesai.

TARIKH PERMOHONAN & KAEDAH BAYARAN SKAS

Tarikh permohonan bantuan tahun 2026 belum diumumkan. Pemohon yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui boucher digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet).

Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, dan minyak masak di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

INFO LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment