SISTEM MYKASIH DOWN ? IKUTI PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK DUIT SARA DENGAN MUDAH!
Bantuan SARA RM100 yang disalurkan melalui IC di bawah Program SARA boleh digunakan untuk mendapatkan barangan keperluan yang diluluskan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar.
Bagaimanakah semak duit dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: DUIT DALAM IC : SEMAK / CHECK BANTUAN SARA RM100 2025 ONLINE
PENGENALAN SISTEM MYKASIH DOWN
Seperti yang dimaklumkan, pelaksanaan bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan bermula pada 31 Ogos 2025, membolehkan 22 juta penerima yang layak membuat pembelian barangan keperluan yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan, serta barangan persekolahan.
Walau bagaimanapun, sistem MyKasih bagi transaksi pembayaran mengalami gangguan sementara disebabkan jumlah pengguna yang terlalu ramai membuat pembelian serentak pada waktu pelaksanaan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA SEBARANG PERMOHONAN diperlukan.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DUIT SARA DI SISTEM MYKASIH
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA;
- Aplikasi MyKasih
Semak di Portal Rasmi SARA
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semak di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA KREDIT MYKASIH
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100 ONE OFF:
- Kenapa Sistem MyKasih Down?
- Sistem MyKasih bagi transaksi pembayaran mengalami gangguan sementara disebabkan jumlah pengguna yang terlalu ramai membuat pembelian serentak pada waktu pelaksanaan.
- Bilakah sistem MyKasih akan dibaik pulih??
- Gangguan pada sistem terminal MyKasih kini sedang dalam proses pembaikan dan dijangka akan kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.
- Bilakah penerima boleh mula beli barang MyKasih?
- Barang MyKasih boleh dibeli menggunakan RM100 bermula 31 Ogos 2025, dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]