SENARAI KEDAI SARA : SEMAK SEKARANG

SENARAI KEDAI SARA : SEMAK SEKARANG

Seramai 22 juta rakyat dewasa Malaysia yang disahkan layak menerima RM100 ONE-OFF melalui MyKad kini boleh menebus atau membeli barangan keperluan di premis atau kedai runcit berdaftar.

Bagaimanakah cara semak senarai kedai sara? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN MYKASIH ONE OFF – SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

SIAPAKAH LAYAK TEBUS RM100 DI KEDAI SARA

Kelayakan penerima SARA RM100 ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan.

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA sebarang PERMOHONAN diperlukan.

TARIKH PENEBUSAN RM100 DI KEDAI SARA

Bantuan RM100 ONE-OFF boleh mula ditebus untuk barangan keperluan di 7,300 kedai berdaftar di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

SEMAK SENARAI KEDAI SARA 2025

Premis runcit berdaftar Program SARA bagi tahun 2025 boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Senarai Kedai Terpilih) untuk menyemak senarai kedai berdaftar di bawah Program SARA atau di pautan berikut : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
  4. ⁠Kemudian, masukkan Nama Bandar dan Pilih Negeri berhampiran tempat tinggal anda.
  5. Senarai Kedai Berdaftar bagi setiap Bandar dan Negeri akan dipaparkan.
  6. Anda boleh mula membeli di kedai tersebut pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program iaitu bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
  7. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  8. ⁠Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH TEBUS DI KEDAI SARA

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

CARA TEBUS RM100 DI KEDAI SARA

Penerima boleh menggunakan kredit SARA RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100 ONE OFF:

  1. Adakah kedai yang berdaftar SARA sahaja boleh menggunakan kredit SARA RM100 ONE OFF?
    • Ya. SARA RM100 ONE-OFF hanya boleh boleh dibelanjakan di 7,300 premis runcit berdaftar dan terhad kepada barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja.
  2. Adakah barangan yang berdaftar SARA sahaja boleh menggunakan kredit SARA RM100 ONE-OFF?
    • Ya. Pembelian selain barangan berdaftar dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
  3. Bilakah tarikh luput kredit SARA RM100 ONE OFF untuk beli barangan keperluan?
    • Kredit SARA SAH digunakan bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment