SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026 : SEMAK
Penerima hanya boleh menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja. Sekiranya barangan yang tidak tersenarai atau melebihi jumlah Bantuan MyKasih yang dikreditkan, penerima perlu membuat bayaran secara tunai.
Apakah senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli? Semak senarai dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SARA MYKASIH 2026 : KELAYAKAN & PEMBAYARAN
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Terdapat 15 jenis barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Kad Pengenalan, antaranya adalah :
- ๐ Beras.
- ๐ณ Telur.
- ๐ข๏ธ Minyak masak.
- ๐ Roti.
- ๐ช Biskut.
- ๐ Mi segera.
- ๐พ Tepung.
- ๐ง Bahan perasa.
- ๐ฅซ Makanan dalam tin.
- ๐ฅฉ Makanan sejuk beku.
- โ Minuman.
- ๐ Ubat-ubatan.
- ๐งด Produk penjagaan diri.
- ๐ฝ Produk kebersihan rumah.
- ๐ Keperluan sekolah.
CARA SEMAK BARANGAN MYKASIH 2026
Untuk memastikan sama ada barang di premis tersebut terpilih MyKasih atau tidak, penerima boleh juga membuat semakan barangan melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan :
- SARA Untuk Semua; atau
- SARA Bulanan & SARA Untuk Semua.
- Pilih berdasarkan kelayakan anda.
- Contoh : [SARA Untuk Semua].
- Tandakan pada kotak [ ] Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma Akses dan Notis Privasi.
- Klik pada butang [TERUSKAN].
- Bahagian utama aplikasi MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada ikon [Semak Barang].
- Pilih [IMBAS KOD BAR] atau [MASUKKAN KOD BAR].
- Status barangan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BELI BARANGAN MYKASIH 2026
Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA BELI BARANG MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis terpilih MyKasih yang berhampiran : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list |
| 2. | Pilih barangan MyKasih yang diluluskan sahaja |
| 3. | Pergi ke ‘Kaunter MyKasih’ |
| 4. | Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima MyKasih |
| 5. | Juruwang akan imbas setiap barangan yang dipilih |
| 6. | Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan dan resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki |
JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026
Berikut merupakan jumlah Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan dan penerima boleh beli barangan keperluan asas untuk sepanjang tahun 2026 sebanyak berikut :
| PENERIMA STATUS MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | Isi Rumah : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas : RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | Warga Emas : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | Bujang : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- E-mel MyKasih : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.