SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
Kini terdapat lebih 1,200 kedai serta pasaraya yang terpilih menerima pembayaran barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad dengan kadar yang ditetapkan setiap bulan.
Bagaimanakah cara guna Bantuan MyKad untuk pembelian barangan MyKasih? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam MyKad :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

CARA GUNA BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANGAN MYKASIH 2025
Hanya penerima yang disahkan layak menerima Bantuan MyKasih sahaja boleh membuat pembelian dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih Mykasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH 2025
Lebih 1,200 kedai yang terpilih MyKasih boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad, antaranya ialah :
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco);
- Lulu Supermarket;
- Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
*Rujuk senarai kedai berhampiran di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
SEMAK BAKI MYKASIH BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Ikuti cara semakan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada βI have read and agreed to the Terms and Conditionsβ.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/
92wxmp