SENARAI BARANG MYKASIH RM100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima memperoleh bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas yang boleh didapati di pasaraya dengan pembayaran menggunakan kaedah tanpa tunai (MyKad).
Apakah senarai barang mykasih RM100 2025 lulus pembayaran menggunakan MyKad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SYUKUR SABAH BILA BAYAR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PENERIMA BARANG MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
CARA PEGKREDITAN BAYARAN MYKASIH RM100 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan melalui Mykad penerima untuk penerima membuat pembelian 13 Kategori Barangan Keperluan asas berlabel SARA MyKasih di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan Mykad (IC).
13 SENARAI BARANG MYKASIH 2025
Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
CARA PEMBELIAN BARANG MYKASIH RM100
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
KEDAI LULUS PEMBAYARAN BARANG MYKASIH RM100 GUNA MYKAD
Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih Bantuan MyKasih di seluruh Malaysia termasuk Mydin / Giant / Econsave / The Store / Pacific / Milimewa / 99 Speedmart / Lotus Stores (Tesco) / Lulu Supermarket / Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : info@mykasih.com
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara