SENARAI BARANG MYKASIH 100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SENARAI BARANG MYKASIH 100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

Pelbagai usaha kerajaan bagi menjamin kesejahteraan golongan memerlukan termasuk menyediakan bantuan dalam bentuk barangan asas melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan keperluan wajib untuk kelangsungan hidup.

Bagaimanakah cara guna mykad untuk pembelian senarai barang mykasih 100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025

KELAYAKAN PENERIMA BARANG MYKASIH 100

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Penerima Sedia Ada
    • Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  2. Penerima Baharu
    • Bukan penerima eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA PEGKREDITAN BARANG MYKASIH 100

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui Mykad membolehkan penerima membeli 13 Kategori Barangan Keperluan asas berlabel SARA MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan Mykad (IC).

13 KATEGORI BARANG MYKASIH

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta

CARA PEMBELIAN 13 KATEGORI BARANG KEPERLUAN ASAS MYKASIH RM 100

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 DISALURKAN DALAM MYKAD

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

PENERIMA SEDIA ADA
(BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA BAHARU
(BUKAN EKASIH)
Isi Rumah
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

SENARAI KEDAI LULUS PEMBAYARAN BARANG MYKASIH GUNA MYKAD

Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih Bantuan MyKasih di seluruh Malaysia termasuk:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Lulu Supermarket
  • Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment