SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK SEKARANG

SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK SEKARANG

Penerima yang layak MyKasih boleh menebus barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA bagi menyokong perbelanjaan dan keperluan bulanan.

Apakah senarai barang bantuan mykasih 2025 yang diluluskan? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN BARANG MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENERIMA BARANG BANTUAN MYKASIH 2025

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

KADAR PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2025

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH PENGKREDITAN BARANG BANTUAN MYKASIH 2025

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH MULA BAYARANTARIKH AKHIR BAYARANTARIKH LUPUT
Lulus STR & Berstatus eKasihJanuari 20251 Disember 202531 Disember 2025
Lulus STR Sahaja1 April 20251 Disember 202531 Disember 2025

Baki kredit MyKasih dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH sehingga 31 Disember 2025. Sebarang baki yang masih tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan luput secara automatik.

SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti :

KATEGORI BARANG DILULUSKANJENAMA
BerasJasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
RotiGardenia / Massimo / Mighty White
TelurNutriplus / QL eggs / CP
Minyak MasakSri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
TepungCap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
BiskutJulies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
Mee segeraIndo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
MinumanTea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
Makanan dalam tinAyam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
Bahan perasaSos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
Produk KebersihanColgate / Kotex / Detol
Ubat-ubatanProspan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
Barangan SekolahStabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
Produk Kebersihan RumahSabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025

SENARAI KEDAI BERDAFTAR BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH

CARA DAPATKAN BARANG MYKASIH 2025

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Apa itu MYKASIH?
    • MYKASIH adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
  2. Adakah perlu memohon MYKASIH?
    • Tidak. Kelayakan MYKASIH adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
  3. Adakah MYKASIH boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. MYKASIH hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
  4. Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit MYKASIH?
    • Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
  5. Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit MYKASIH?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment