SENARAI BANTUAN 2026 B40 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK SILA MOHON SEGERA SEBELUM TARIKH TUTUP

SENARAI BANTUAN 2026 B40 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK SILA MOHON SEGERA SEBELUM TARIKH TUTUP

Kerajaan akan membantu rakyat Malaysia terutamanya dalam golongan berpendapatan rendah (B40) untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan-bantuan kewangan bernilai sehingga RM4,600 setahun.

Bagaimanakah semak kelayakan & cara mohon Bantuan B40 2026? Ikuti senarai dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN BAKI IC : SEMAK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD PENERIMA

SENARAI BANTUAN 2026 B40

Berikut adalah antara Bantuan-bantuan untuk B40 bagi tahun 2026 :

  • Bantuan B40 – STR (Sumbangan Tunai Rahmah) :
    • Merupakan bantuan kewangan yang dibayar secara tunai melalui akaun bank penerima / melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kadar sebanyak berikut :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN STR
Isi Rumah B400 anak : RM700.
1-2 anak : RM1,200.
3-4 anak : RM1,700.
>5 anak : RM2,200.
Isi Rumah M400 anak : RM200.
1-2 anak : RM450.
3-4 anak : RM700.
>5 anak : RM950
Warga EmasRM600
Bujang
  • Bantuan B40 – SARA (Sumbangan Asas Rahmah) :
    • Merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR yang akan dibayar secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan dengan kadar sebanyak berikut :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN
SARA
SETIAP BULAN
KADAR BANTUAN
SARA
SETAHUN
Isi Rumah B40RM100 setiap bulan
hingga
RM200 setiap bulan
RM1,200 setahun
hingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah M40RM100 setiap bulanRM1,200 setahun
Warga EmasRM50 setiap bulan
hingga
RM150 setiap bulan
RM600 setahun
hingga
RM1,800 setahun
BujangRM50 setiap bulan
hingga
RM100 setiap bulan
RM600 setahun
hingga
RM1,200 setahun

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 2026 B40

Bantuan B40 khas kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :

  • Kelayakan Kategori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau ibu /bapa tunggal (ada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
  • Kelayakan Kategori Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan : bujang / balu / bercerai (tiada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Kelayakan Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had umur 19 hingga 59 tahun;
    • Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.

CARA MOHON BANTUAN 2026 B40

Untuk mendapatan Bantuan STR dan SARA, permohonan hanya perlu dilakukan di satu (1) portal sahaja seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Permohonan Bantuan B40 (STR & SARA) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor Kad Pengenalan anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan [Ya].
  19. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan [Cetak].
  20. ⁠Selesai.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN 2026 B40

Setelah permohonan berjaya dihantar, pemohon boleh buat semakan kelayakan seperti berikut :

  1. Layari pautan Portal Rasmi Bantuan B40 (STR) 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  8. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status penerima Bantuan B40 (STR & SARA) akan dipaparkan.
  13. Selesai.

JADUAL BAYARAN BANTUAN B40

Jika permohonan disahkan ‘Layak’, Bantuan STR dan SARA untuk B40 akan dibayar mengikut jadual berikut :

  • Tarikh Bayaran Bantuan B40 – STR (Sumbangan Tunai Rahmah) :
FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari 2026
Fasa 2Mac 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026
  • Tarikh Bayaran Bantuan B40 – SARA (Sumbangan Asas Rahmah) :
BIL.TARIKH BAYARAN
1.Januari 2026
2.Februari 2026
3.Mac 2026
4.April 2026
5.Mei 2026
6.Jun 2026
7.Julai 2026
8.Ogos 2026
9.September 2026
10.Oktober 2026
11.November 2026
12.Disember 2026

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirjuk daripada Portal Rasmi STR dan SARA untuk memudahkan carian berkaitan Bantuan B40. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk talian-talian pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Talian SARA : 03-7720 1800

Leave a Comment