SEMAKAN WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : AKAN TERIMA PEMBAYARAN JIKA LAYAK SEBANYAK RM200 ATAU RM100 SECARA BULANAN
Berdasarkan rekod, seramai lebih 8.1 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan, layak untuk menerima pembayaran wang Bantuan SARA dalam MyKad secara automatik sebanyak RM200 atau RM100 secara bulanan sepanjang tahun 2026.
Untuk mengetahui informasi lebih lanjut serta cara semakan wang Bantuan Dalam MyKad, sila baca penjelasan dan ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : CEK STATUS BANTUAN RM300 SEBULAN 2026 : ADAKAH LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA
KEGUNAAN WANG BANTUAN DALAM MYKAD
Wang Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad tidak boleh dikeluarkan secara tunai. Namun, sebaliknya perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti yang diluluskan :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Makanan sejuk beku.
- Mi Segera.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa – gula, garam, kicap, sos cili dan sebagainya.
- Minuman – susu, milo, teh, kopi dan sebagainya.
- Lampin pakai buang.
- Produk penjagaan diri – sabun mandian, ubat gigi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan – yang diluluskan oleh KKM.
- Barang sekolah – alat tulis, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah.
NILAI KREDIT WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad adalah dengan nilai bermula RM50 sehingga RM200 setiap bulan. Namun, nilai kredit adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | NILAI KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| Bujang Status Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Status Miskin | RM150 setiap bulan |
| Isi Rumah Status Miskin | RM200 setiap bulan |
| Bujang Status Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Warga Emas Status Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Isi Rumah Status Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
TARIKH KREDIT WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Tarikh pengkreditan Bantuan Dalam MyKad penerima isi rumah, warga emas dan bujang adalah mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT DALAM MYKAD PENERIMA ISI RUMAH & WARGA EMAS | TARIKH KREDIT DALAM MYKAD PENERIMA INDIVIDU BUJANG |
|---|---|
| 09/01/2026 | 16/01/2026 |
| 01/02/2026 | 01/02/2026 |
| 01/03/2026 | 01/03/2026 |
| 01/04/2026 | 01/04/2026 |
| 01/05/2026 | 01/05/2026 |
| 01/06/2026 | 01/06/2026 |
| 01/07/2026 | 01/07/2026 |
| 01/08/2026 | 01/08/2026 |
| 01/09/2026 | 01/09/2026 |
| 01/10/2026 | 01/10/2026 |
| 01/11/2026 | 01/11/2026 |
| 01/12/2026 | 01/12/2026 |
TEMPOH SAH GUNA BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Namun, semua penerima perlu mengetahui bahawa wang Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan selama berikut :
| JENIS KREDIT | TEMPOH SAH GUNA | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|---|
| Bulanan | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
| Sekaligus | 11 bulan | 31 Disember 2026 |
SEMAKAN WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Untuk mengetahui status kelayakan dan bayaran Wang Bantuan Dalam MyKad, anda boleh membuat semakan secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.