SEMAKAN UPU 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN UPU 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Terdapat lebih 346 program-program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak bagi sesi akademik 2025/2026 di 20 Univerisiti Awam, 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan 2 MARA BPT di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan UPU? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TEMPOH SEMAKAN UPU 2025

Portal rasmi JPT UPUOnline dan aplikasi UPUPocket dibuka untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyemak keputusan adalah selama tempoh sepuluh (10) hari sahaja bermula pada 16 Jun 2025, Isnin (12:00 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025, Rabu (5:00 petang) sahaja.

TAWARAN UPU DISAHKAN 2025

Pelajar-pelajar yang layak menerima tawaran untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti atau MARA BPT dalam apa-apa program pengajian perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

*Nota : Kegagalan mengesahkan tawaran ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh masa yang diberi, pelajar akan dianggap menolak tawaran.

SEMAKAN UPU 2025

Ikuti panduan semakan UPU seperti berikut :

Berikut pula merupakan panduan semakan di aplikasi UPUPocket :

  • Panduan Semakan UPUPocket :
    1. Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
    2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
    3. Log Masuk menggunakan ID pelajar yang didaftarkan.
    4. Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
    5. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
    6. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    7. Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
    8. Selesai.

PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025

Hanya pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan ini : https://upu.mohe.gov.my.

Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, pelajar perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi tersebut tanpa perlu melalui UPUOnline.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.

Leave a Comment