SEMAKAN UPKK ONLINE : CHECK RESULT/KEPUTUSAN UJIAN UPKK 2026
UPKK iaitu Ujian Penilaian Kelas Al-quran dan Fardu Ain yang diduduki oleh calon tahun 2025 kini boleh mula membuat semakan untuk tahu keputusan peperiksaan kerana ianya telah mula diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu).
Bagaimanakah cara semakan UPKK secara online? Ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAK AMAUN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK
APA ITU UPKK?
UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA yang merupakan peperiksaan khas untuk murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Ujian ini diduduki oleh murid Tahun 5 di sekolah rendah (SK), sekolah agama rakyat, sekolah agam negeri seluruh Malaysia di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam setiap negeri.
TUJUAN UPKK DIWUJUDKAN
Ujian Penilaian Kelas KAFA (Al-Quran dan Fardu Ain) diwujudkan adalah bertujuan untuk :
- Menilai tahap kefahaman murid terhadap Agama Islam.
- Mengukur penguasaan bacaan Al-Quran.
- Memberi pengiktirafan kepada murid Fardu Ain.
- Menjadikan rekod akademik agama di peringkat sekolah rendah.
TARIKH & WAKTU SEMAKAN UPKK
Ketua Pengarah JAKIM telah mengumumkan bawah keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk tahun 2025 boleh mula disemak pada tarikh dan waktu seperti berikut :
| TARIKH SEMAKAN | WAKTU |
|---|---|
| 25 Februari 2026 (Rabu) | Bermula 12:00 tengah hari |
SEMAKAN UPKK ONLINE
Ibu bapa / penjaga boleh membuat semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) secara online (atas talian) sahaja melalui laman sesawang yang rasmi seperti di bawah :
- Sila layari laman sesawang rasmi https://semakan.islam.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Portal Semakan.
- Masukkan Nombor MyKID anak anda.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 140230112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Masukkan Nombor Angka Giliran UPKK.
- Contoh : WPL01012456.
- Klik pada butang [Semak Keputusan].
- Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2025 akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Cetak Slip Keputusan] untuk muat turun slip tersebut.
- Selesai.
BILANGAN MATAPELAJARAN UPKK
Terdapat lapan (8) subjek peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), antaranya ialah :
- Amali Solat.
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI).
- Tilawah Al-Quran.
- Pelajaran Jawi dan Khat.
- Sirah.
- Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah).
- Adab (Akhlak Islamiah).
- Lughah Al-Quran.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI), pihak ibu bapa / penjaga boleh rujuk pihak berwajib melalui :
- Alamat : Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
- Talian : 03 8870 7000
- Faks : 03 8870 7003
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat dalam artikel ini, pihak kami hanya berkongsi informasi yang terkini berkaitan UPKK yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk memudahkan carian pengguna berkaitan ‘Cara Semakan UPKK Online’.
Tajuk dan kata kunci di atas adalah ditulis berdasarkan carian orang ramai yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan kami juga tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat-maklumat yang kami telah kongsikan dalam artikel ini.
Tujuan penulisan artikel ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dari maklumat sahih untuk memudahkan para pembaca mendapatkan panduan lengkap dalam laman web ini.
Artikel ini adalah dirujuk daripada sumber yang sahih di : https://simpeni.islam.gov.my/.