SEMAKAN TINGKATAN 6 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mula mengetahui status kelayakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) bagi sesi pembelajaran 2025.
Bagaimanakah semakan kelayakan tawaran Tingkatan 6? Ikuti panduan semakan dan maklumat lebih terperinci di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MATRIK : CHECK STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH SEMAKAN TINGKATAN 6
Para pelajar lepasan SPM 2024 boleh mula membuat semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) bermula pada tarikh berikut :
- 19 MEI 2025 (ISNIN).
*Nota : Para pelajar yang telah menerima tawaran perlu mendaftar / melapor diri mengikut tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu bermula pada 10 Jun 2025.
MAKLUMAN TINGKATAN 6
Semua pelajar yang layak akan diberikan surat tawaran secara atas talian (online) dan ianya hendaklah dicetak serta disimpan untuk diserahkan kepada pihak sekolah apabila diminta semasa hari pendaftaran.
Pelajar dikehendaki untuk melapor diri di Pusat Tingkatan Enam (6) yang ditawarkan pada hari pertama (1) persekolahan Tingkatan Enam (6) Semester satu (1) Tahun 2025 (bergantung pada tarikh yang ditetapkan setiap pelajar).
Bermula pada tahun 2025, KPM akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama KPT secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains dan Sains Sosial.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN TINGKATAN 6
Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi tawaran Tingkatan Enam (6) adalah seperti berikut :
Syarat Am :
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
- Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
Syarat Khas :
- Bidang STEM : Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial :
- Sekolah Menengah Harian :
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) :
- Mendapat sekurang-kurangnyan Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu :
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Luughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Harian :
CARA SEMAKAN TINGKATAN 6
Para pelajar boleh membuat semakan tawaran Tingkatan enam (6) melalui dua (2) cara berikut :
- Melalui sekolah asal masing-masing; atau
- Melalui semakan secara atas talian (online) dalam laman web rasmi.
PANDUAN SEMAKAN TINGKATAN 6
Ikuti panduan semakan kelayakan tawaran Tingkatan enam (6) secara atas talian (online) seperti berikut :
- Sila layari pautan Laman Web Rasmi di sini : https://sst6.moe.gov.my.
- Bahagian utama laman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dipaparkan.
- Pilih menu [Semakan Tawaran Tingkatan Enam Tahun 2025].
- Bahagian semakan keputusan tawaran akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar tanpa sempang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Klik Untuk Semak].
- Status kelayakan pelajar akan dipaparkan beserta penempatan sekolah.
- Sekiranya ‘Layak’, sila klik butang [Cetak] untuk kegunaan semasa melapor diri.
- Selesai.
*Nota : Para pelajar yang ‘Layak’ serta telah bersetuju menerima tawaran dikehendaki melengkapkan maklumat tambahan seperti nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi oleh pihak Kolej / Pusat Tingkatan Enam (6).
CARA DAFTAR TINGKATAN 6
Bagi pelajar yang telah menerima tawaran, perlu mendaftar / melapor diri. Ikuti panduan berikut :
- Pada bahagian semakan tawaran Tingkatan Enam, klik butang [Setuju Terima Tawaran].
- Kemudian, klik butang [Cetak] surat tawaran tersebut.
- Sediakan semua salinan dokumen yang diperlukan dalam surat tawaran untuk proses pendaftaran.
- Hadirkan di ke sekolah / pusat Tingkatan Enam mengikut yang dinyatakan dalam surat tawaran.
- Bawa semua salinan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran.
- Semasa pendaftaran, pelajar hendaklah berpakaian kemas serta sopan.
- Pendaftaran perlulah bersama guru atau tenaga pengajar yang bertugas.
CARA PERMOHONAN RAYUAN TINGKATAN 6
Bagi pelajar yang tidak menerima tawaran, boleh mengemukakan permohonan rayuan ke Tingkatan Enam (6) bermula 19 Mei hingga 25 Mei 2025. Ikuti panduan permohonan rayuan seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di sini : http://sst6.moe.gov.my.
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar tanpa sempang (-).
- Klik pada butang [Klik Untuk Semak].
- status kelayakan pelajar akan dipaparkan.
- Sekiranya ‘Tidak Berjaya’.
- Klik pada butang [Permohonan Rayuan].
- Masukkan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.
- Selesai.
*Nota : Pelajar boleh membuat semakan tawaran permohonan rayuan bermula pada 3 Jun 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pelajar Tingkatan 6, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/tingkatan-6.