SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN (UKM & UM 2025)

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN (UKM & UM 2025)

Hebahan tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi calon lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2025/2026 akan diumumkan dalam masa terdekat. Calon dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini bagi memastikan pengesahan tawaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan tawaran kemasukan ukm & um 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CEK DUIT DALAM MYKAD : CARA CHECK BANTUAN DALAM IC

TARIKH SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN UNIVERSITI

Tarikh untuk semakan keputusan tawaran kemasukan ke Program Ijazah Sarjanamuda sesi 2025/2025 bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) untuk kategori lepasan STPM/setaraf adalah pada :

TARIKH MULA SEMAKANTARIKH AKHIR SEMAKAN
05 September 2025
(Jumaat, 12:00 tengah hari)
14 September 2025
(Ahad, sebelum 5:00 petang)

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN UNIVERSITI ONLINE

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Program Ijazah Sarjanamuda sesi 2025/2025 bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) bagi kategori lepasan STPM/setaraf boleh dilakukan melalui kaedah seperti berikut:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(UKM)
UNIVERSITI MALAYA
(UM)
Portal UPU di Pautan :
https://upu.mohe.gov.my/
Portal UPU di Pautan :
https://upu.mohe.gov.my/
Aplikasi UPUPocketAplikasi UPUPocket
Portal Rasmi UKM di Pautan : https://appsmu.ukm.my/edaftar/

PENGESAHAN TAWARAN KEMASUKAN UNIVERSITI

Calon yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau Universiti Malaya (UM) bagi kategori lepasan STPM/setaraf dikehendaki membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh sepuluh (10) hari bermula tarikh keputusan diumumkan.

Kegagalan calon untuk membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap sebagai penolakan tawaran kemasukan ke universiti berkenaan, dan keputusan berkenaan adalah muktamad serta tidak boleh membuat rayuan.

CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN UNIVERSIITI DI PORTAL UPU

Status keputusan sama ada ‘layak’ atau ‘tidak’ tawaran di Portal UPU seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi UPU di pautan https://upu.mohe.gov.my/ atau Muat Turun Aplikasi UPUPocket.
  2. Bahagian semakan keputusan permohonan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
  5. Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan sama ada berjaya atau tidak.
  6. Selesai.

PERMOHONAN RAYUAN

Permohonan rayuan bagi kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau Universiti Malaya (UM) bagi kategori lepasan STPM/setaraf dilakukan bermula pada :

TARIKH MULA RAYUANTARIKH AKHIR RAYUAN
05 September 2025
(Jumaat, 12:00 tengah hari)
14 September 2025
(Ahad, sebelum 5:00 petang)

Tempoh permohonan rayuan dibuka adalah selama sepuluh (10) hari sahaja. Calon hendaklah memastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan rayuan boleh dikemukanan melalui UPUOnline mulai tarikh yang ditetapkan.

SOALAN LAZIM (FAQ) TAWARAN KEMASUKAN UKM & UM

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan tawaran kemasukan UKM & UM:

  1. Siapakah yang perlu membuat semakan tawaran ini?
    • Semakan tawaran perlu dilakukan bagi Kategori Lepas STPM atau Setaraf bagi permohonan kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau Universiti Malaya (UM) sesi 2025/2025.
  2. Bilakah surat tawaran kemasukan diberikan?
    • Pihak universiti akan mengeluarkan surat tawaran rasmi pengajian setelah calon membuat pengesahan penerimaan tawaran bermula tarikh semakan dikeluarkan.
  3. Bilakah tarikh akhir pengesahan terima tawaran kemasukan?
    • Calon yang berjaya menerima tawaran universitu perlu membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh sepuluh (10) hari bermula tarikh keputusan dikeluarkan. Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap menolak tawaran.
  4. Sekiranya pengesahan telah dibuat ‘Setuju Terima Tawaran’, bilakah kemasukan untuk sesi akademik
    • Tarikh kemasukan bagi sesi akademik 2025/2026 adalah mengikut ketetapan universiti masing-masing.
  5. Siapakah yang perlu mengemukakan rayuan?
    • Permohonan rayuan perlu dilakukan jika semakan dilakukan adalah berstatus ‘Gagal atau Tidak Berjaya’. Rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh sepuluh hari (10) bermula tarikh keputusan dikeluarkan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan tawaran kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

UPU

UKM

Leave a Comment