SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Daripada hanya seramai 0.2 juta penerima sahaja yang layak menerima Sumbangan SARA MyKasih, kini seramai 5.4 juta penerima yang terbaru telah disahkan layak pada tahun 2025 termasuk golongan isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagaimanakah semakan Sumbangan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

APA ITU SUMBANGAN SARA MYKASIH

Sumbangan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang dilaksanakan di bawah Program MyKasih bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan serta barangan sekolah anak.

Bantuan SARA MyKasih disumbangkan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan dan penerima yang layak boleh membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless) di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

JUMLAH SUMBANGAN SARA MYKASIH

Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang disumbangkan pada tahun 2025 adalah sebanyak berikut :

JUMLAH SUMBANGAN
KEPADA PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
JUMLAH SUMBANGAN
KEPADA PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
ISI RUMAH : RM2,100 setahunISI RUMAH : RM900 setahun
WARGA EMAS : RM1,650 setahunWARGA EMAS : RM450 setahun
BUJANG : RM600 setahunBUJANG : –
*NOTA : Jumlah diatas akan disumbangkan secara berperingkat pada setiap bulan.

JADUAL SUMBANGAN SARA MYKASIH

Berikut merupakan jadual Sumbangan SARA MyKasih pada tahun 2025 :

TARIKH SUMBANGANPENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
Sumbangan Sesi 1 :

15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
Sumbangan Sesi 2 :

01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM50
Bujang : –

SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH

Ikuti cara semakan status Sumbangan SARA MyKasih seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment