SEMAKAN SUMBANGAN RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEGERA
Bagi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan, Bantuan Sumbangan Rahmah diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat secara tanpa tunai menerusi MyKad (kad pengenalan) khas kepada rakyat dewasa Malaysia yang menenuhi kelayakan sahaja.
Bagaimanakah semakan kelayakan Sumbangan Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAKI MYKASIH : CARA SEMAK DUIT DALAM MYKAD ANDA
CARA GUNA SUMBANGAN RAHMAH
Hanya penerima yang berstatus ‘Layak’ sahaja boleh menggunakan Sumbangan Rahmah guna MyKad. Berikut merupakan cara guna yang betul :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran Sumbangan Rahmah.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label Sumbangan Rahmah di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan Sumbangan Rahmah.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN RAHMAH 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Rahmah yang berbeza-beza bermula RM450 sehingga RM2,100 setahun (bergantung kelayakan). Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Rahmah untuk setiap kategori :
PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS BUKAN MISKIN TEGAR |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
Bujang : RM600 setahun | Bujang : – |
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN RAHMAH
Pembayaran Sumbangan Rahmah adalah secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Berikut merupakan jadual bayaran Sumbangan Rahmah sepanjang tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN JANUARI – MAC | BAYARAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
Isi Rumah Bukan Miskin | – | RM100 sebulan |
Warga Emas Miskin | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
Warga Emas Bukan Miskin | – | RM50 sebulan |
Bujang Miskin | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
SENARAI PREMIS TEBUS SUMBANGAN RAHMAH 2025
Terdapat lebih 7,300 premis daripada kedai runcit dan pasar raya yang terpilih di seluruh negara boleh tebus Sumbangan Rahmah. Antaranya termasuk :
- Econsave.
- Mydin.
- Giant.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
- Dan pasar mini bebas yang berhampiran.
SEMAKAN SUMBANGAN RAHMAH 2025
Untuk mengetahui kelayakan anda sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ menerima Sumbangan Rahmah, ikuti cara semakan yang lengkap seperti berikut :
- Pergi ke laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN RAHMAH
Lazimnya penerima akan mengajukan soalan-soalan berkaitan Sumbangan Rahmah seperti berikut :
- Siapakah layak terima Sumbangan Rahmah setiap bulan?
- Rakyat dewasa yang lulus STR serta tersenarai dalam rekod data eKasih.
- Adakah penerima Sumbangan Rahmah di Sabah dan Sarawak menerima bayaran secara tunai?
- Semua penerima seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran secara tanpa tunai melalui MyKad.
- Bolehkah Sumbangan Rahmah digunakan untuk beli barang dapur?
- Ya. Boleh digunakan untuk beli beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
- Adakah perlu memohon Sumbangan Rahmah?
- Tidak perlu. Ianya berikan secara automatik kepada yang layak sahaja.
- Bilakah tarikh akhir bayaran Sumbangan Rahmah?
- Tarikh akhir bayaran Sumbangan Rahmah kepada penerima adalah pada 1 Disember 2025 dan penerima boleh menggunakanya sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah). Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]