SEMAKAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM800 & RM400 & RM250)
Kini seramai 886,288 individu merangkumi golongan isi rumah seramai 410,529 penerima, bujang seramai 361,295 penerima dan warga emas 114,464 penerima yang telah mula menerima pengkreditan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan kadar antara RM250 sehingga RM800 sekaligus.
Bagaimanakah semakan Sumbangan Keperluan Asas? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD 200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS 2025
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan sebuah bantuan kewangan khas untuk anak Sarawak yang merupakan golongan berpendapatan rendah disalurkan melalui baucar digital, yang boleh diakses menerusi aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan keperluan asas.
KADAR SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS 2025
Setiap kategori akan menerima kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN |
---|---|
Isi Rumah | RM800 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM400 |
Bujang | RM250 |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2025 :
- Kriteria Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus âKâ.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Isi Rumah :
SEMAKAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS 2025
Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah untuk membuat semakan status kelayakan Sumbangan Keperluan Asas. Ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang [NEXT].
- Kemudian, klik [My Individual Account].
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Search].
- Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Pusat Talikhidmat : +6082-555999
- Alamat e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.