SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pendekatan Kerajaan MADANI dalam menyasarkan semula subsidi dapat meningkatkan kadar peruntukan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga 75 peratus (%) melalui penjimatan hasil subsidi tersebut.
Bagaimanakah semakan Sumbangan Asas Rahmah SARA? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK EKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
INISIATIF SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Kerajaan MADANI telah memperkenalkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan menerusi kad pengenalan 5.4 juta penerima setiap bulan.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam kad pengenalan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan anak.
JADUAL SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Berikut merupakan jadual Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sepanjang tahun 2025 :
PELAKSANAAN SESI KREDIT | TARIKH SUMBANGAN |
---|---|
Sesi Pertama (1) | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) |
Sesi Kedua (2) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Setiap penerima akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima sedia ada :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 (Sesi 1) & RM200 (Sesi 2) = RM2,100 setahun |
Warga Emas | RM100 (Sesi 1) & RM150 (Sesi 2) = RM1,650 setahun |
Bujang | RM50 (Sesi 1 & 2) = RM600 setahun |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima baharu :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 (Sesi 2) = RM900 setahun |
Warga Emas | RM50 (Sesi 2) = RM450 setahun |
Bujang | – |
SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Ikuti cara semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Layari pautan laman Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.