SEMAKAN STR FASA 4 : SEMAK STATUS 2025

SEMAKAN STR FASA 4 : SEMAK STATUS 2025

Pelaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini diperingkat terakhir iaitu Fasa 4. Dijangka kira-kira seramai 9 juta rakyat dewasa yang memenuhi kelayakan akan menerima bayaran Fasa 4 tidak lama lagi.

Ketahui panduan semakan status dan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan STR Fasa 4 di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH SECARA ONLINE : SEMAKAN STATUS ANDA

KADAR BAYARAN STR FASA 4

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran STR fasa 4 yang berbeza bermula RM150 sehingga RM700 (bergantung kelayakan). Berikut merupakan anggaran kadar bayaran STR fasa 4 :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 4
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM200 (tiada anak)
RM350 (1-2 anak)
RM500 (3-4 anak)
RM700 (5 anak ke atas)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM150 (tiada anak)
RM200 (1-2 anak)
RM250 (3-4 anak)
RM300 (5 anak ke atas)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran STR dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa. Berikut merupakan tarikh bayaran STR dari fasa 1 hingga fasa 4 :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
TARIKH BAYARAN
Fasa 122 Januari hingga 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac hingga 27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos hingga 17 Ogos 2025
Fasa 4November 2025
(Tarikh rasmi belum diumumkan)
*Nota : Tarikh bayaran STR Fasa 4 akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4

Kaedah pembayaran STR adalah bergantung kepada penerima yang ada akaun bank dan yang tiada akaun bank. Berikut merupakan kaedah bayaran STR Fasa 4 :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Penerima Ada AkaunDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada AkaunDibayar secara tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat

SEMAKAN STR FASA 4

Portal rasmi MySTR sentiasa dibuka untuk semakan status dan permohonan. Berikut merupakan cara semakan status penerima STR Fasa 4 di portal rasmi MySTR :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan STR :

  1. Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
    • Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 khas untuk rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  3. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.
  5. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4?

RUJUKAN

Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan STR, sila kunjungi pejabat LHDN terdekat atau hubungi pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment