SEMAKAN STR BUJANG 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN STR BUJANG 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan sahaja disalurkan kepada Kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja. Malah Kategori Bujang juga layak untuk menerima bayaran setiap fasa supaya dapat meringankan bebanan kos sara hidup dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah semakan STR Bujang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 3 RASMI BOLEH DI SEMAK SEKARANG : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

CARA BAYARAN STR BUJANG 2025

Bagi memudahkan kategori Bujang menerima Bantuan STR, bayaran dilakukan melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Bujang Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • Bujang Tiada Akaun Bank :
    • Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

JUMLAH BAYARAN STR BUJANG 2025

Kategori Bujang yang memenuhi syarat akan menerima bayaran Bantuan STR sebanyak berikut :

JUMLAH PENUHFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
RM600RM150RM150RM150RM150

JADUAL BAYARAN STR BUJANG 2025

Pembayaran Bantuan STR kepada kategori Bujang adalah mengikut jadual berikut :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
TARIKH BAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
sehingga
28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
sehingga
27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
sehingga
15 Ogos 2025
Fasa 4Belum diketahui

SYARAT PENERIMA STR BUJANG 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan kepada penerima STR kategori Bujang :

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum berkahwin; atau
  • Balu / Duda /Janda (tiada anak);
  • Berumur 21 hingga 59 tahun; atau Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN STR BUJANG 2025

Ikuti panduan semakan status bujang di laman rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%203%2011082025.pdf.

Leave a Comment