SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

Kini, Semakan Status SYUKUR Sabah (Fasa 3 2025) telah dibuka kepada pemohon yang layak. Bantuan SYUKUR Sabah adalah merupakan sebuah program bantuan Kerajaan Negeri Sabah yang disalurkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah bagi meringankan bebanan kos sara hidup dari semasa ke semasa.

Ikuti panduan lengkap cara semakan status serta maklumat-maklumat bayaran Bantuan SYUKUR Sabah di bawah.

BACA JUGA : MANFAAT BUDI95 : SEMAKAN STATUS SUBSIDI PETROL RON95

APA ITU SYUKUR SABAH?

Bantuan SYUKUR Sabah atau rasminya Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan bantuan kewangan tunai bersasar yang diberikan secara berperingkat oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat yang layak secara automatik berdasarkan pangkalan data eKasih dan PADANS.

Pelaksanaan Bantuan SYUKUR Sabah adalah secara berperingkat setiap tiga (3) bulan sekali yang mana bayaran adalah sebanyak RM300 sebulan, namun dibayar sekaligus sebanyak RM900 setiap fasa (3 bulan sekali).

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Terdapat beberapa syarat am dan syarat khas yang ditetapkan kepada setiap kategori penerima. Ketahui syarat-syarat kelayakan SYUKUR Sabah di bawah :

SYARAT AM SYUKUR SABAH :

  • Had umur 18 tahun dan ke atas;
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang MyKad berstatus ‘H’; atau
  • Menetap di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

*Selain syarat di atas, penerima juga dipilih berdasarkan salah satu syarat tambahan di bawah :

  • Berstatus miskin dan miskin tegar dalam pangkalan sistem eKasih; atau
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

SYARAT KHAS SETIAP KATEGORI :

Berikut merupakan syarat bagi setiap kategori penerima :

KATEGORI M40KELAYAKAN
Pendapatan :
RM1,219 hingga
RM2,742
Pemohon hanya layak
untuk seorang ketua
isi rumah sahaja
KATEGORI B40KELAYAKAN
Pendapatan :
Kurang dari RM1,218
-Ketua isi rumah & pasangan;
atau
-Ketua isi rumah & anak
18 tahun ke atas

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH

Bagi memudahkan pemohon membuat semakan status, berikut dikongsikan cara semakan secara online melalui portal rasmi dan melalui aplikasi dalam telefon pintar :

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH

SEMAKAN SECARA ONLINE MELALUI PORTAL RASMI

  1. Sila layari Portal Rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Halaman utama PADANS akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak].
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan nombor MyKad tanpa jarak dan sengkang.
  7. Klik pula pada butang [Semak].
  8. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SEMAKAN SECARA ONLINE MELALUI APLIKASI

  1. Muat turun aplikasi YONO Superapp dalam telefon pintar anda melalui :
    • Google Play Store; atau
    • Apple App Store; atau
    • Huawei AppGallery.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Bagi yang belum mempunyai akaun, sila klik butang [Sign Up / Daftar].
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Log masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Klik pada ikon [SYUKUR Sabah].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH

Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah secara berperingkat sepanjang tahun 2025 mengikut fasa-fasa berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
Februari 2025
Fasa 2
(April – Jun)
April 2025
Fasa 3
(Julai – September)
September 2025
Fasa 4
(Oktober – Disember)
November 2025

KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH

Bagi memudahkan rakyat untuk menerima Bantuan SYUKUR Sabah, Kerajaan menyediakan tiga (3) kaedah bayaran seperti berikut :

  • Dibayar terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter; atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet dalam aplikasi YONO Superapp.

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima yang layak akan menerima jumlah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah yang sama iaitu RM900 dan bagi kategori B40 miskin dan miskin tegar akan menerima sebanyak RM1,800 bagi dua penerima iaitu ketua isi rumah dan pasangan atau anak umur 18 tahun.

PERINGKAT FASAJUMLAH BAYARAN
Fasa 1RM900
Fasa 2RM900
Fasa 3RM900
Fasa 4RM900

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah dikongsikan adalah bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan mengenai cara semakan dan maklumat bayaran. Artikel ini juga dihuraikan berdasarkan sumber sahih dan rasmi daripada Portal Rasmi PADANS. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lebih lanjut, rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment