SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan Jun kini mula disalurkan kepada 5.4 juta penerima yang layak melalui MyKad masing-masing termasuk penerima di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanakah semakan status sumbangan asas rahmah mykasih 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

JUMLAH KREDIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dalam MyKad seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

MANFAAT KREDIT BULANAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 adalah untuk penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad (IC).

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment