SEMAKAN STATUS SUBSIDI RON95 : SEMAK ANDA LAYAK ATAU TIDAK TERBARU 2025

SEMAKAN STATUS SUBSIDI RON95 : SEMAK ANDA LAYAK ATAU TIDAK TERBARU 2025

Terkini! hampir 16 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal Warganera Malaysia, akan menikmati subsidi petrol RON95 yang bakal dilaksanakan bermula pada hujung September 2025.

Bagaimanakah semakan status subsidi ron95? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL (RON95)

SEMAKAN STATUS SUBSIDI RON95

APA ITU SUBSIDI RON95?

Subsidi petrol RON95 atau pengurangan harga petrol RON95 bakal dilaksanakan oleh Kerajaan untuk semua Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.

Pelaksanaan subsidi ini membolehkan penerima menikmati harga petrol RON95 dengan lebih rendah berbanding harga pasaran dengan hanya menggunakan MyKad sebagai pengesahan kelayakan semasa pengisian minyak.

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

  • Semua Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 tahun dan ke atas;
  • Tiada had pendapatan (semua layak);
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
  • Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.

SEMAKAN STATUS SUBSIDI RON95

Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:

  • Pengesahan di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak; ATAU
  • Pengesahan pada Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo – bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Minyak.

Catatan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, dan hanya perlukan pengesahan MyKad. Pastikan cip MyKad berfungsi dan Lesen Memandu masih sah sebelum menggunakan BUDI95.

BILAKAH TARIKH PELAKSANAAN?

Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
Warga Polis & TenteraSeawal 27 September 2025
(Sabtu)
Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Seawal 28 September 2025
(Ahad)
Semua Warganegara Malaysia
(Orang Awam dan Bukan Penerima STR)
Bermula 30 September 2025
(Selasa)

SEMAKAN JUMLAH SUBSIDI RON95

Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAHARGA PETROL RON95
PER LITER
HAD LITER
Warganegara MalaysiaRM1.99 /Liter300 Liter Sebulan
Pemandu e-hailingRM1.99 /LiterTiada Had

(Perlu memohon untuk had lebih tinggi/kelayakan tambahan)
Bukan Warganegara MalaysiaRM2.60 /Liter

SEMAKAN CARA TEBUS SUBSIDI RON95

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

MANFAAT PELAKSANAAN

Pelbagai manfaat yang dapat diperoleh melalui pelaksanaan subsidi bersasar Petrol RON 95, antaranya :

  • Meringankan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan (berpendapatan rendah dan sederhana);
  • Menangani ketirisan subsidi (daripada warga asing atau golongan tidak layak); atau
  • Mengekang penyeludupan yang mengelak daripada membayar cukai;

SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Bolehkah bukan warganegara mendapat subsidi RON95 pada harga RM1.99?
    • Tidak boleh. Subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter HANYA untuk warganegara Malaysia sahaja.
  2. Adakah saya perlu berdaftar untuk tebus Subsidi RON95 ini?
    • Tiada sebarang pendaftaran diperkukan. Anda hanya perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad.
  3. Apakah had pengunaan bulanan subsidi RON95?
    • Had penggunaan untuk orang awam ialah 300 Liter sebulan. Namun, pemandu e-hailing dikecualikan dan boleh menikmati had lebih tinggi dengan mengemukakan permohonan.
  4. Apa berlaku jika saya sudah beli lebih daripada 300 liter dalam bulan yang sama?
    • Jika melebihi had, pembelian tambahan petrol RON95 mungkin akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi.
  5. Bilakah subsidi ini mula berkuatkuasa?
    • Subsidi RON95 dengan harga RM1.99 seliter akan mula berkuat kuasa 30 September 2025 (bagi orang awam), 27 September 2025 (warga polis dan tentera), 28 September 2025 (penerima STR).

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:

Leave a Comment