SEMAKAN STATUS SKAS 2026 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN RAKYAT SARAWAK TAHUN INI (RM950 & RM500 & RM300)
Bagi memastikan kebajikan rakyat terus terperlihara, Kerajaan Negeri Sarawak meneruskan lagi pelaksanaan bantuan di bawah inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan penambahbaikan dimana kadar bayaran akan dinaikkan mulai tahun 2026 untuk membantu rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah semakan status skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
PENGENALAN SKAS 2026
SKAS atau Sumbangan Keperluan Asas Sarawak ialah bantuan kewangan khas Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya bagi memenuhi keperluan asas hidup.
Pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak ke-19, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peningkatan kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada RM640 juta yang akan memberikan manfaat kepada lebih satu juta penerima di Sarawak.
PROGRAM SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) |
| Kaedah Pembayaran | Secara Tanpa Tunai Melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet) |
| Cara Pelaksanaan | Pembayaran setiap 4 bulan sekali (3 kali bayaran setahun) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar. Contoh : Makan asas : beras, tepung, minyak masak |
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026
Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;
Kategori dan Kriteria Kelayakan Penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KRITERIA KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa) Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Had umur adalah 21-59 tahun Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
SEMAKAN AMAUN BAYARAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan kepada penerima untuk setiap empat (4) bulan sekali (bersamaan tiga kali setahun) dengan jumlah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SETIAP FASA | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM316 | RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM166 | RM500 |
| Bujang | RM100 | RM300 |
SEMAKAN STATUS SKAS 2026
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi SKAS di sini:
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/ - Halaman utama Portal SKAS akan dipaparkan.
- Kemudian, klik [Check Eligibility].
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan tanpa (-)
- Tekan [Search].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
Sebarang perubahan cara semakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
INFO LANJUT
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talikhidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/29204