SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Awalnya Bantuan SARA MyKasih diberikan terhad kepada 700,000 ribu rakyat sahaja. Kini, kerajaan meluaskan penerimaan bantuan kepada lebih 5.4 juta rakyat merangkumi golongan Isi Rumah, Warga Emas dan juga golongan bujang bagi memenuhi keperluan asas dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah semakan status SARA MyKasih terkini? Sila rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL STATUS FASA 3 : 2025 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

APA ITU SARA MYKASIH 2025

SARA adalah merupakan singkatan daripada Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan sebuah bantuan tambahan bersasar yang dilaksanakan di bawah program MyKasih bagi tujuan membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas rakyat yang kurang berkemampuan khususnya B40 dan M40.

SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, antara barangan yang dilulusakan adalah :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang terkini bagi setiap kategori penerima :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAYARAN
PENUH
Isi Rumah
Miskin & Miskin Tegar
(Daftar e-Kasih)
RM100 / RM200RM2,100 setahun
Isi Rumah
Asas Bukan Miskin
(Bukan e-Kasih)
RM100RM900 setahun
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAYARAN
PENUH
Warga Emas
Miskin & Miskin Tegar
(Daftar e-Kasih)
RM100 / RM150RM1,650 setahun
Warga Emas
Asas Bukan Miskin
(Bukan e-Kasih)
RM50RM450 setahun
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAYARAN
PENUH
Bujang
Miskin & Miskin Tegar
(Daftar e-Kasih)
RM50RM600 setahun
Bujang
Asas Bukan Miskin
(Bukan e-Kasih)

KAEDAH BAYARAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada penerima seluruh Malaysia telah diselaraskan seperti berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENERIMAAN
BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur,
Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak,
Pulau Pinang, Putrajaya, Pahang,
Selangor dan Terengganu
Diterima melalui kad pengenalan (MyKad)
pada setiap bulan
Sabah, Sarawak dan W.P LabuanDiterima melalui kad pengenalan (MyKad)
pada setiap bulan

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025

Rujuk panduan semakan status kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL BAYARAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ke dalam MyKad penerima yang terkini :

PENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
(DAFTAR E-KASIH)
PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
(BUKAN E-KASIH)
15 Januari 2025
01 Februari 2025
01 Mac 2025
01 April 202501 April 2025
01 Mei 202501 Mei 2025
01 Jun 202501 Jun 2025
01 Julai 202501 Julai 2025
01 Ogos 202501 Ogos 2025
01 September 202501 September 2025
01 Oktober 202501 Oktober 2025
01 November 202501 November 2025
01 Disember 202501 Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment