SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Manfaat Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kini dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat dewasa Malaysia yang terkesan dengan gelumang kos sara hidup terutamanya dapat menampung perbelanjaan setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status SARA MyKasih terkini? Sila rujuk panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH MASUK DUIT STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JUMLAH PENERIMA SARA MYKASIH TERKINI 2025

Jumlah penerima Bantuan SARA MyKasih yang terkini direkod seramai 5.4 juta, melibatkan penerima berikut :

  • Penerima sedia ada seramai 700,000 ribu merangkumi golongan Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Penerima baharu seramai 4.7 juta merangkumi golongan Isi Rumah dan Warga Emas.

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025

Bagi penerima baharu yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih yang terkini, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
  7. Selesai.

KAEDAH BAYARAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih yang terkini adalah melalui kaedah berikut :

  • Semenanjung Malaysia :
    • Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima pada setiap bulan.
  • Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Tidak lagi dibayar secara tunai kerana kini ianya dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima pada setiap bulan.

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran Bantuan SARA MyKasih sepanjang tahun 2025 :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

NILAI BAYARAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Bayaran SARA MyKasih kepada penerima sedia ada :

  • Isi Rumah : RM2,100 setahun
    • RM100 (Januari – Mac).
    • RM200 (April – Disember).
  • Warga Emas : RM1,650 setahun
    • RM100 (Januari – Mac).
    • RM150 (April – Disember).
  • Bujang : RM600 setahun
    • RM50 (Januari – Disember).

Bayaran SARA MyKasih kepada penerima baharu :

  • Isi Rumah : RM900 setahun
    • RM100 (April – Disember).
  • Warga Emas : RM450 setahun
    • RM50 (April – Disember).

SEMAKAN BAYARAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Oleh kerana bayaran Bantuan SARA MyKasih yang terkini dilakukan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan, penerima hanya boleh membuat semakan bayaran secara online sahaja seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Bayaran Bantuan SARA MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG”

Leave a Comment