SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2025
Bantuan tanpa tunai setiap bulan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah memanfaatkan hampir 5.4 juta penerima yang layak dengan penyaluran melalui MyKad penerima di Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
Bagaimanakah semakan status sara mykasih dalam mykad terbaru 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPAKAH LAYAK SARA MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
MANFAAT KREDIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ke dalam MyKad (IC) membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

AMAUN BULANAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terbaru bermula April 2025 sehingga Disember 2025 adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan |
Bujang | RM50/bulan | – |
SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2025
Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara