SEMAKAN STATUS SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Rakyat yang terpilih sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta peralatan sekolah anak.
Bagaimanakah semakan status SARA kelayakan sama ada layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU FREE : REGISTER ONLINE SEKARANG
SYARAT STATUS KELAYAKAN SARA 2025
Bagi tahun 2025, terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan SARA, iaitu :
- SARA Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN STATUS SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Untuk mengetahui status kelayakan anda sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA STATUS LAYAK SARA 2025
Penerima yang berstatus ‘layak’ untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 adalah disahkan seramai 5.4 juta penerima merangkumi penerima SARA Daftar e-Kasih seramai 0.7 juta dan penerima SARA Bukan e-Kasih seramai 4.7 juta.
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
SARA Daftar e-Kasih | 0.7 juta penerima |
SARA Bukan e-Kasih | 4.7 juta penerima |
KADAR BAYARAN SARA 2025 MENGIKUT KELAYAKAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dengan kadar yang berbeza mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
PENERIMA SARA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA SARA BUKAN E-KASIH |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) | ISI RUMAH : RM900 setahun (RM100 sebulan) |
WARGA EMAS : RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) | WARGA EMAS : RM450 setahun (RM50 sebulan) |
BUJANG : RM600 setahun (RM50 sebulan) | BUJANG : – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.