SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2025 (RM800 & RM400 & RM250)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2025 (RM800 & RM400 & RM250)

Bagi memastikan 850,000 ribu rakyat yang kurang berkemampuan di Sarawak dapat makanan yang mencukupi serta dapat memenuhi keperluan harian, Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk membantu menampung kos sara hidup rakyat di Sarawa.

Ketahui status permohonan SKAS Sarawak yang terbaru di bawah.

BACA JUGA : CARA TEBUS SUBSIDI RON95 : PANDUAN LENGKAP CLAIM MINYAK PETROL

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKAS

PENGENALAN SKAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan bantuan kewangan yang diberikan khusus kepada anak Sarawak yang merupakan golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital untuk pembelian barangan keperluan asas.

Antara barangan keperluan asas yang dapat dibeli dengan Bantuan SKAS Sarawak adalah seperti beras, minyak masak, gula serta barangan keperluan harian lain seperti sabun, pampers, makanan bayi dan sebagainya.

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2025

Berdasar hebahan awam yang baru sahaja diumumkan, status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang terbaru boleh mula disemak pada tarikh berikut :

TARIKH PERMOHONANTARIKH SEMAKAN
1 Februari 2025, Sabtu
sehingga
31 Mac 2025, Isnin
22 September 2025, Isnin

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2025

Bagi pemohon yang telah mengemukakan permohonan bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2025, anda kini boleh menyemak status permohonan untuk ketahui anda layak atau tidak terima bayaran SKAS Sarawak.

Ikuti cara semakan status permohonan SKAS Sarawak seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi SKAS Sarawak di sini :https://www.sarawak.gov.my/home/skas/index.html.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama SKAS Sarawak.
  3. Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-).
  6. Seterusnya, klik pada butang [Cari] di bawah.
  7. Status kelayakan permohonan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SYARAT LAYAK SKAS

Kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dipilih berdasarkan syarat dan kriteria kelayakan berikuti :

Kriteria Umum :

  • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
  • Beralamat dan menetap di Sarawak.
  • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.

Kategori Penerima :

  • Isi Rumah :
    • Berkahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
    • Tiada had umur.
  • Bujang :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
    • Had umur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
    • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
  • Warga Emas :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.

JUMLAH KREDIT SKAS SARAWAK

Jumlah pengkreditan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah berdasarkan kategori penerima. Berikut merupakan jumlah yang dikreditkan bagi tahun 2025 :

KATEGORI
ISI RUMAH
KATEGORI
BUJANG
KATEGORI
WARGA EMAS
RM800RM250RM400

KAEDAH PENERIMAAN SKAS SARAWAK

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dikreditkan dalam akaun e-Wallet menerusi aplikasi S Pay Global yang boleh dimuat turun secara percuma. Bagi penerima yang layak boleh mendaftar akaun e-Wallet S Pay Global seperti berikut :

  1. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  2. Pilih butang [New User Registration].
  3. Pilih [Kewarganegaraan] anda.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik gambar MyKad anda.
  6. Rakam muka anda dalam bulatan yang disediakan.
  7. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda untuk pengesahan.
  8. Sila [Log Masuk] kembali ke aplikasi S Pay Global.
  9. Tetapkan nombor PIN anda untuk pengesahan bayaran nanti.
  10. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS SARAWAK

Beberapa soalan lazim (faq) di bawah mungkin menjawab soalan yang anda ingin bertanya berkaitan Bantuan SKAS Sarawak :

  1. Bilakah Bantuan SKAS Sarawak dikreditkan dalam akaun e-Wallet S Pay Global?
    • Bermula 18 Februari 2025 dan tuntutan seterusnya boleh dibuat pada bila-bila masa.
  2. Adakah Bantuan SKAS Sarawak boleh ditunaikan dari e-Wallet S Pay Global?
    • Bantuan SKAS tidak boleh dikeluarkan secara tunai dan penerima perlu membeli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
  3. Sehingga bilakah Bantuan SKAS Sarawak boleh diguna untuk beli barang keperluan?
    • Bantuan SKAS Sarawak boleh digunakan untuk beli barang keperluan sehingga 31 Disember 2025.
  4. Adakah Bantuan SKAS Sarawak dikreditkan pada setiap bulan?
    • Bantuan SKAS Sarawak hanya dikreditkan secara sekaligus sahaja.
  5. Dimanakah boleh guna Bantuan SKAS Sarawak?
    • Bantuan SKAS Sarawak boleh digunakan di mana-mana premis yang mempunyai sistem bayaran tanpa tunai (cashless).

RUJUKAN

Artikel ini dihuraikan berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment