SEMAKAN STATUS PERMOHONAN EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Individu yang berdaftar dalam pangkalan sistem eKasih dan memenuhi syarat kelayakan bantuan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 secara automatik setiap bulan melalui pengkreditan ke MyKad.

Bagaimanakah semakan status permohonan ekasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN MYKASIH SARA 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG

SYARAT LULUS STATUS PERMOHONAN SARA EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024; DAN
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DI SISTEM EKASIH ONLINE

Setelah selesai pendafaran sebagai miskin dan miskin tegar di Sistem eKasih, status pendaftaran ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.

Individu tanpa pendapatan tetap yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar perlu mendaftar dalam sistem eKasih bagi melayakkan diri menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah kategori miskin eKasih.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN EKASIH SARA 2025 ONLINE

Setelah Lulus pendaftaran di Sistem eKasih dan STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada penerima dan status kelayakan serta bayaran boleh disemak seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

JUMLAH KELAYAKAN KREDIT EKASIH 2025

Kadar Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih 2025 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BULAN
JANUARI – MAC 2025
AMAUN BULAN
APRIL – DISEMBER 2025
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulan
BujangRM50/bulanRM50/bulan

MANFAAT KREDIT BULANAN EKASIH 2025

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima, boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment