SEMAKAN STATUS MYSTR 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN STATUS MYSTR 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Sama ada layak atau tidak individu untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan kepada setiap kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagaimanakan cara semakan status MySTR 2026? Ikuti panduan lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : PEMBAYARAN FASA 4 STR (2025 BANTUAN)

SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2026

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Berpasangan (ada atau tiada anak);
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Bujang / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

KADAR BANTUAN MYSTR 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diperuntukan sehingga RM15 billion untuk disalurkan kepada 9 juta penerima bersama bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR MYSTR
2026
KADAR SARA
2026
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 : RM1,200
3 – 4 : RM1,700
>5 : RM2,200
RM2,400 (eKasih)
dan
RM1,200 (STR biasa)
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 : RM450
3 – 4 : RM700
>5 : RM950
RM1,200
Warga EmasRM600RM600
BujangRM600

CARA DAFTAR AKAUN MYSTR 2026

Semua penerima sedia ada perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu terlebih dahulu sebelum membuat semakan status atau kemaskini permohonan. Ikuti cara daftar akaun seperti berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. ⁠Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. ⁠Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. ⁠Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. ⁠Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

SEMAKAN STATUS MYSTR 2026

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima STR, ikuti panduan cara semak yang lengkap di bawah :

  1. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  2. Tekan (Semak).
  3. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  4. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  5. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  6. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  7. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  8. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
  9. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA PERMOHONAN MYSTR 2026

Individu yang memenuhi syarat serta ingin kemukakan permohonan STR 2026, ikuti panduan lengkap di bawah :

  1. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  2. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  5. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
  6. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.(Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
    • ⁠Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  8. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  9. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  10. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  11. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  12. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  13. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  15. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  16. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  17. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  18. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  19. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  20. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  21. ⁠Selesai.

SET KATA LALUAN MYSTR BARU

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan akaun MySTR boleh setkan semula yang baru mengikut panduan berikut :

  1. Pada halaman utama MySTR, klik pada butang [Log Masuk].
  2. Klik pada link [Terlupa Kata Laluan].
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKad.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Masukkan alamat e-Mel yang aktif.
  6. Klik butang [Seterusnya].
  7. Kata kunci keselamat akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Jawab soalan keselematan yang diberikan dan klik [Seterusnya].
  9. Masukkan kata laluan yang baharu dan buat pengesahan kata laluan.
  10. Kemudian, klik [Tukar kata laluan].
  11. Mesej “Penukaran ID Pemohon Telah Berjaya” akan dihantar kepada anda.
  12. Log masuk kembali akaun STR dengan kata laluan yang baharu.
  13. Selesai.

INFO LANJUT MYSTR

Panduan-panduan yang kami sediakan di atas adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR. Untuk info yang lebih lanjut dan terperinci, sila rujuk di bawah :

1 thought on “SEMAKAN STATUS MYSTR 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG”

Leave a Comment