SEMAKAN STATUS MYSARA DALAM MYKAD : SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Program Bantuan MySARA (Sumbangan Asas Rahmah) di bawah MyKasih dilaksanakan secara tanpa tunai supaya dapat memudahkan rakyat menerima serta menggunakan bantuan bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status MySARA Dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
FUNGSI MYSARA DALAM MYKAD
Fungsi utama Bantuan MySARA dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk memudahkan penerima menerima dan menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Antara barangan keperluan asas yang dapat dibeli dengan menggunakan MyKad adalah :
- Barang dapur :
- (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman :
- (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin :
- (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa :
- (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan :
- (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan :
- (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan :
- (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah :
- (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
JUMLAH KREDIT MYSARA DALAM MYKAD
Jumlah pengkreditan Bantuan MySARA dalam MyKad adalah bergantung kepada kelayakan penerima berikut :
- ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH KREDIT SEKALIGUS |
---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM100 / RM200 | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM100 | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
Isi Rumah (Semua Rakyat) | – | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
- WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH KREDIT SEKALIGUS |
---|---|---|
Warga Emas (STR & eKasih) | RM100 / RM150 | RM100 |
Warga Emas (STR Sahaja) | RM50 | RM100 |
Warga Emas (Semua Rakyat) | – | RM100 |
- BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH KREDIT SEKALIGUS |
---|---|---|
Bujang (STR & eKasih) | RM50 | RM100 |
Bujang (STR Sahaja) | – | RM100 |
Bujang (Semua Rakyat) | – | RM100 |
TARIKH KREDIT MYSARA DALAM MYKAD
Pengkreditan Bantuan MySARA Dalam MyKad penerima adalah mengikut tarikh berikut :
- Pengkreditan setiap bulan kepada penerima sedia ada adalah pada tarikh :
- 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 (setiap 1 hari bulan).
- Pengkreditan sekaligus kepada penerima sedia ada dan semua rakyat dewasa adalah pada tarikh :
- 31 Ogos 2025 (sekali sahaja).
SEMAKAN STATUS MYSARA DALAM MYKAD
Bermula 21 Ogos 2025, status kelayakan penerima MySARA Dalam MyKad boleh disemak melalui pautan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI KREDIT MYSARA DALAM MYKAD
Panduan Semak Baki Kredit Dalam MyKad Secara Online :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semak Baki Kredit Dalam MyKad Secara Manual :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad; atau
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam :
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.