SEMAKAN STATUS MYKASIH STR 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Pengiraan Kerajaan bahawa dengan hanya satu (1) bantuan sahaja iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tidak mengcukupi bagi rakyat yang kurang berkemampuan (B40). Oleh itu, kerajaan mewujudkan bantuan tambahan yang dilaksanakan di bawah Program MyKasih pada setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status MyKasih STR? Ikuti panduan semakan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM2100 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
APA ITU MYKASIH STR 2025
Sebuah bantuan tambahan bersasar yang dilaksanakan di bawah Program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025.
Bantuan tambahan ini diberikan secara ansur pada setiap bulan bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah anak.
JUMLAH PENERIMA MYKASIH STR 2025
Berdasarkan jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terkini adalah seramai 8.5 juta (fasa 2), hanya seramai 5.4 juta sahaja yang terpilih layak untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada tahun ini.
*Jumlah penerima STR akan bertambah dari semasa ke semasa kerana permohonan yang dibuka sepanjang tahun. Tetapi, jumlah penerima SARA MyKasih kekal pada tahun ini.
SEMAKAN STATUS MYKASIH STR 2025
Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), semakan boleh dilakukan melalui dua (2) laman rasmi, iaitu :
Panduan Semakan Status Di Laman Rasmi MyKasih :
- Pada halaman utama MyKasih, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Status Di Laman Rasmi STR :
- Pada halaman utama STR, klik butang [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR PEMBERIAN MYKASIH STR 2025
Pemberian Bantuan MyKasih STR adalah mengikut kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :
- Penerima STR Daftar e-Kasih :
- Isi Rumah : RM100-RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM100-RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Penerima STR Bukan e-Kasih :
- Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH STR 2025
Pelaksanaan Bantuan MyKasih SARA bukanlah seperti STR yang diberikan secara berfasa. Namun, ianya diberikan secara ansur setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.