SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kerajaan Madani terus berusaha membantu golongan memerlukan dengan menyediakan bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk barangan keperluan asas yang kini ditambahbaik dengan peningkatan kadar bayaran bulanan bagi tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status mykasih sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BILA MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN RM900

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

PENERIMA SEDIA ADA
(0.7 JUTA PENERIMA)
PENERIMA BAHARU
(4.7 JUTA PENERIMA)
Berstatus Miskin/Miskin eKasih
dalam rekod data eKasih
Bukan eKasih
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Kategori
Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang
Kategori
Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

CARA KREDIT BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPenyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk berlabel SARA MyKasih yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad.

CHECK STATUS PENERIMA MYKASIH SARA 2025 SECARA ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan; dan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

AMAUN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 disalurkan seperti berikut:

PENERIMA SARA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA SARA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • e-Mel : info@mykasih.com

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

1 thought on “SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment