SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Status kelayakan individu boleh disemak melalui platform atas talian (online) sahaja dan sekiranya individu telah disahkan status ‘Lulus’ Bantuan SARA (MyKasih) akan dimasukkan secara automatik ke dalam MyKad penerima setiap bulan termasuk pada bulan ini.

Bagaimanakah semakan status MyKasih SARA? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH SEMAK STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH INDIVIDU STATUS LULUS MYKASIH SARA 2025

Pertambahan jumlah penerima yang disahkan status ‘Lulus’ Bantuan SARA (MyKasih) adalah seramai :

  • 700,000 ribu individu merupakan penerima sedia ada berstatus ‘Lulus’ dari bulan Januari.
  • 4.7 juta individu merupakan penerima baharu berstatus ‘Lulus’ pada bulan April.

*Menjadikan keseluruhan penerima yang berstatus ‘Lulus’ adalah seramai 5.4 juta individu.

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025

Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status Bantuan SARA, iaitu melalui :

  • Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Melalui Portal Rasmi STR.

Ikuti kedua-dua panduan semakan status berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

NILAI DISALURKAN MYKASIH SARA 2025

Kadar nilai Bantuan SARA (MyKasih) yang disalurkan setiap bulan adalah bergantung kepada status kelulusan penerima seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Isi Rumah : RM100 & RM200 setiap bulan;
    • Warga Emas : RM100 & RM150 setiap bulan;
    • Bujang : RM50 setiap bulan.
  • Penerima Baharu :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan;
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan.

MANFAAT MYKASIH SARA 2025

Antara manfaat Bantuan SARA (MyKasih) yang disalurkan dalam MyKad setiap bulan, penerima dapat membuat pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  9. Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  10. Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  11. Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  12. Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  13. Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

TARIKH MYKASIH SARA DISALURKAN 2025

Penyaluran Bantuan SARA (MyKasih) adalah setiap bulan pada tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment