SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai sebuah bantuan tanpa tunai yang dikreditkan menerusi kad pengenalan (IC) penerima khas untuk membantu memenuhi barangan keperluan asas melalui pembayaran secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan status kelayakan SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH RM100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH PENERIMA MELEPASI STATUS SARA 2025
Penerima yang melepasi status kelayakan SARA adalah seramai berikut :
JENIS KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Berdaftar e-Kasih | 0.7 juta penerima |
Bukan e-Kasih | 4.7 juta penerima |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA bagi tahun 2025 :
- SARA Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BAYARAN SARA MENGIKUT STATUS 2025
Pembayaran Bantuan SARA adalah mengikut status seperti berikut :
- Penerima SARA Daftar e-Kasih :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun;
- Bujang : RM600 setahun;
- Warga Emas : RM1,650 setahun.
- Penerima SARA Bukan e-Kasih :
- Isi Rumah : RM900 setahun;
- Warga Emas : RM450 setahun.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2025
Semak status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA seperti panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.