SEMAKAN STATUS EKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA UNTUK TERIMA BANTUAN SARA RM200 SETIAP BULAN
Pelaksanaan terkini Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima bagi penerima miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih menerima pengkreditan bantuan sehingga RM200 sebulan bagi memenuhi keperluan asas bulanan.
Bagaimanakah semakan status sara ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN BTR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH
SEMAKAN KELAYAKAN SARA EKASIH 2026
Syarat Kelayakan SARA eKASIH 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CARA PELAKSANAAN SARA EKASIH
Maklumat penting mengenai pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, adalah seperti berikut :
- Kredit SARA akan dikreditkan terus melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
- Kredit SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
AMAUN KELAYAKAN SARA EKASIH 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bagi penerima berstatus eKASIH, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200 Sebulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150 Sebulan |
| Bujang | RM1,200 | RM100 Sebulan |
SEMAKAN STATUS SARA EKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]