SEMAKAN STATUS EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pangkalan data e-Kasih amatlah penting kerana ianya digunakan oleh pihak kerajaan serta agensi-agensi yang berkuasa dalam program-program pembasmian kemiskinan. Pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat yang tersenarai dalam status e-Kasih.
Bagaimanakah semakan status e-Kasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM2100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN EKASIH 2025
E-Kasih bukanlah bantuan atau program. Namun, ianya sebuah Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengumpulkan data rakyat yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan nasional (PGK) semasa yang disahkan layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Antara bantuan yang disediakan untuk golongan yang tersenarai dalam e-Kasih adalah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan setiapa bulan sehingga penghujung tahun 2025.
SYARAT STATUS EKASIH 2025
SARA Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BAYARAN EKASIH 2025
Pembayaran Bantuan SARA adalah berbeza kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih seperti berikut :
PENERIMA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 / setahun | ISI RUMAH : RM900 / setahun |
WARGA EMAS : RM1,650 / setahun | WARGA EMAS : RM450 / setahun |
BUJANG : RM600 / setahun | BUJANG : Tiada |
SEMAKAN STATUS EKASIH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan pendaftaran e-Kasih, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan Bantuan SARA pula, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Bantuan