SEMAKAN STATUS BUDI MADANI RON95 2025
Terkini! Semakan Status Kelayakan Budi Madani RON95 (BUDI95) kini boleh disemak oleh 1.6 juta penerima untuk mengesahkan kelayakan bagi mendapatkan harga subsidi petrol dengan kadar RM1.99 seliter.
Bagaimanakah semakan status budi madani ron95 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK KE TIDAK

PENGENALAN BUDI MADANI
Budi Madani merupakan Bantuan Subsidi Petrol RON95, yang baru dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada rakyat untuk:
- Menikmati Petrol RON95 dengan kadar lebih rendah berbanding harga pasaran (hanya RM1.99 seliter);
- Pengunaan Petrol RON95 sehingga 300 liter bagi kenderaan awam;
- Had penggunaan tambahan kepada kenderaan e-hailing melalui permohonan;
SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI
Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 tahun dan ke atas;
- Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
- Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
Catatan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima subsidi petrol RON95 secara automatik.
SEMAKAN STATUS BUDI MADANI
Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 boleh disemak secara online seperti berikut:
Semakan Di Portal Rasmi Budi MADANI :
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
- Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang “Semak Kelayakan’.
- Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
- Selesai.
Semakan Di Aplikasi Digital dan Aplikasi Syarikat Minyak :
- Touch ‘n Go eWallet;
- Setel (Petronas);
- CaltexGo (Caltex);
CARA GUNA
Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima; atau
- Kemukakan MyKad kepada kakitangan yang mengendalikan terminal MyKad untuk pengesahan.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak, terminal akan memaparkan kod QR atau butiran transaksi yang perlu dimasukkan.
- Jika anda telah membuat semakan di Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak), tunjukkan kod QR daripada aplikasi untuk diimbas oleh juruwang.
- Kemudian buat bayaran mengikut liter yang diisi.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Selesai.
SEMAKAN JADUAL PELAKSANAAN BUDI MADANI
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Warga Polis & Tentera | 27 September 2025 (Sabtu) |
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 28 September 2025 (Ahad) |
Semua Warganegara Malaysia (Orang Awam dan Bukan Penerima STR) | 30 September 2025 (Selasa) |
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Bila semakan status BUDI Madani?
- Status kelayakan boleh disemak mulai 25 September 2025 (Khamis).
- Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
- Harga ditetapkan pada RM1.99 seliter (Petrol RON95).
- Berapa liter sebulan boleh isi?
- Setiap rakyat yang layak boleh menikmati subsidi sehingga 300 liter sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan akan diberikan melalui permohonan.
- Adakah perlu daftar akaun untuk semak status?
- Pendaftaran akaun perlu dilakukan jika anda menggunakan Aplikasi Digital Touch n’ Go atau Aplikasi Syarikat Minyak. Namun, jika semakan dilakukan di Portal Rasmi, anda hanya perlu masukkan nombor MyKad.
- Bagaimana jika saya tidak layak?
- Sekiranya tidak layak, anda boleh semak semula syarat kelayakan yang ditetapkan jika anda memenuhi syarat atau tidak. Jika tidak memenuhi syarat kelayakan, anda perlu membuat bayaran petrol dengan harga sebenar pasaran.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 1300-88-9595
- WhatsApp : +603-2631 4595
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.budi95.gov.my/