SEMAKAN STATUS BINGKAS SELANGOR (BANTUAN EWALET RM300 2026)
Bantuan kewangan bulanan Kerajaan Negeri Selangor melalui Program BINGKAS diteruskan untuk membantu Keluarga yang memerlukan di Selangor untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.
Bagaimanakah semakan status bingkas Selangor 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PEMBAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH
APA ITU BINGKAS SELANGOR?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan Kerajaan Selangor yang membolehkan penerima menerima manfaat seperti berikut :
- Bantuan RM300 Sebulan;
- Disalurkan melalui kaedah tanpa tunai (cashless) e-WALLET;
- Boleh dibelajakan untuk mendapatkan barang keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar di Seluruh Malaysia;
- Baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
CARA SEMAKAN STATUS BINGKAS SELANGOR
Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
SEMAKAN STATUS BINGKAS SELANGOR
Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal BINGKAS Selangor | https://bingkasselangor.com/ |
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
SEMAKAN KEDAI BERDAFTAR BINGKAS SELANGOR
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS terutama di Selangor untuk penerima menggunakan eWallet BINGKAS termasuk pasar raya besar seperti :
- Lotus;
- 99 Speedmart;
Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
CARA BELI BARANG GUNA BINGKAS
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal BINGKAS : https://bingkasselangor.com/